Hikmah PKP…Nora Jadi Imam Solat Terawih Di Rumah

Penyanyi Nora Ariffin berkongsi kebaikan diperoleh daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di negara kita.

Menurut Nora, dia telah menjadi imam solat terawih untuk anak-anak dan pembantu rumahnya.

“Hikmah PKP, tak pernah fikir untuk jadi imam solat terawih untuk anak-anak dan pembantu rumah di rumah.

“Sebelum ini kami memang selalu ke masjid, jarang solat di rumah apatah lagi saya terpaksa jadi imam,” tulis Nora di Instagram.

Tambah Nora, dia tidak sampai hati untuk membiarkan anak-anaknya mengabaikan solat terawih begitu sahaja dalam tempoh PKP ini.

“Tapi dalam PKP, tak sampai hati membiarkan anak-anak abaikan terawih begitu saja, walaupun ibadah sunat.

“Mama bukan terror sangat pun, tapi niat di hati nak cuba yang terbaik,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu kemudiannya mendapat perhatian dari para pengikut Nora di ruangan komen.

Rata-rata mereka memuji usaha dan cara Nora mendidik anak-anaknya itu.

Terdahulu, suami Nora, Johan Nawawi telah men1ngg4l dunia pada 24 Mac 2017 ketika berusia 52 tahun.

Pada 14 Disember 2019, Nora dikejutkan lagi dengan pemergian anak keduanya, Alif Johan yang men1ngg4l dunia secara mengejut.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak