Model Sensasi, Alicia Amin Seru Model Boik0t Bekerja Dengan Vivy Yusof

Isu itu menjadi bualan ramai netizen, malah ada yang mendakwa itu bukan pertama kali perkara itu terjadi. Perkara itu mendapat perhatian model sensasi Alicia Amin yang ternyata tidak gembira dengan kontr0versi tersebut.

Malah, menerusi perkongsian di Insta Story menyeru model-model yang lain untuk memboik0t serta tidak menerima sebarang tawaran daripada Vivy Yusof serta jenama usahawan tersebut sebagai tanda solidariti buat Sleepyllama.

Turut memberikan pendapatnya tentang isu berkenaan, Alicia berkata perkara seperti itu bukan lagi ‘tak sengaja’ kerana ianya sudah berulang kali terjadi.

Malah, Alicia berkata Vivy mend4kwa dia mengambil berat tentang jenama kecil tapi itu tidak menghalang untuk mengambil idea yang sama. Alicia mendakwa juga Vivy juga turut ‘main harga’ murah untuk sebarang photoshoot dengan alasan tiada bajet.

Dalam pada itu, Alicia berkata ada banyak cara untuk melakukan photosh00t berkaitan ‘Art Studio’ dan hanya boleh Google sahaja. Alicia turut membandingkan kedua photoshoot yang dilihat hampir sama dari segi tema dan pengcahayaan.

Terdahulu, Vivy menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa rekaan tudungnya adalah rekaan asli. Jelasnya, pereka-pereka tudungnya telah berusaha keras untuk menghasilkan rekaan tersebut buat peminat-peminat jenama dUCk.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya