Baju Batik Menteri Kanan Tarik Perhatian, Siap Disamakan Dengan Pelbagai Makanan Lagi!

Sejak kebelakangan ini, rekaan baju batik yang dipakai oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) iaitu Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semasa sidang akhbar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menjadi buah mulut netizen.

Macam warna kek!

Sebelum ini, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob ada membalas komen netizen mengenai baju-baju batik yang dipakainya sepanjang sidang media harian itu diadakan. Menurutnya tidak salah jika dia mengambil peluang ini untuk mempromosikan batik Malaysia. Malah, penampilannya itu turut mendapat perhatian pengusaha batik dari Terengganu.

Lebih menarik perhatian ramai apabila ada dalam kalangan rakyat Malaysia telah membuahkan idea kreatif dengan menyunting gambar baju batik yang dipakai pemimpin berusia 60 tahun ini dan menyamakannya dengan pelbagai jenis hidangan makanan. Kreatif kan?

Jus buah pun ada

Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rata-rata daripada mereka turut memuji penampilan beliau.

Corak yang unik dan menarik, ditambah pula dengan kepelbagaian warna dalam satu rekaan sememangnya mampu menarik perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya. Bukan itu sahaja, kebanyakan daripada mereka juga telah terpikat dengan rekaan batik tersebut sehingga ada yang bercadang untuk memilikinya.

Tema hitam putih

Kuih seri muka baba nyonya

Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang menyifatkan Dato Sri Ismail Sabri Yaakob sebagai seorang yang sangat kreatif dan pandai bergaya. Menurut mereka, penampilan tersebut secara tidak langsung mampu menarik perhatian rakyat Malaysia untuk menonton sidang akhbar harian tersebut.

Ais batu campur, menarik!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Lapar sangat ye kamu semua ni? 😂😂😂 @ismailsabri60 look at these Pa

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on

Reaksi netizen

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dearest Papa @ismailsabri60 decked in Tenunan Royal Pahang by @jovianmandagie

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie) on

Sumber: DakuCing Ku, Pinkblushyuyu

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OHBULAN