“‘Biru’ menyala untuk wira negara..”- Tabik Hormat Kepada Frontliners Kita..

BEBERAPA lokasi dan bangunan ikonik di Kuala Lumpur dinyalakan dengan lampu berwarna biru tertera ucapan penghargaan sebagai tanda sokongan kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi c0v1d-19.

Perlaksanaan program Light It Blue itu mencetuskan panorama menarik ibu negara walaupun kawasan itu kini sepi tanpa orang ramai.

Simbolik penghargaan itu dapat dilihat di Menara Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, Bangunan Sultan Abdul Samad, Tun Razak Exchange (TRX), Bangunan MRCB dan jambatan pejalan kaki Pintasan (Saloma Link).

Selain itu, River of Life, Bangunan Menara 1 dan Menara 3 DBKL turut menyalakan lampu neon berwarna biru itu sebagai tanda sokongan.

TANDA penghargaan daripada DBKL. FOTO Ihsan DBKL
TANDA penghargaan daripada DBKL. FOTO Ihsan DBKL
Pemandangan menarik di Saloma Link. FOTO Ihsan DBL
Pemandangan menarik di Saloma Link. FOTO Ihsan DBL

Astro juga memberi tabik hormat kepada frontliners kita. Terima kasih atas segala pengorbanan yang telah dilakukan.

 

“Kami memberi penghormatan melalui kempen #LightItBlue dimana seluruh bangunan dilimpahi cahaya biru, warna rasmi untuk bidang perubatan.”

 

Ayuh kita mainkan peranan kita dengan duduk di rumah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM