Nazim Othman tidur di ‘basement’ BSN, sekali siap Polis datang

PELAKON, Nazim Othman berkongsi pengalaman hidup ketika kali pertama berhijrah ke Kuala Lumpur untuk hidup berdikari.

Nazim, 36, berkata dia pernah tidur di kaki lima, tempat letak kereta dan menyewa bilik.

“Daripada zaman mentah datang KL seorang diri konon nak berdikari. Pertama kali masuk KLCC gembira yang tak tahu macam nak gambarkan.

“Teringat kenangan menyewa bilik setinggan di belakang Hotel Istana. Setiap hari berjjalan kaki empat kilometer nak pergi kerja hotel di depan kelab Zouk yang lama (Hotel Maya dulu nama Park Plaza).

“Pengalaman tidur di ‘basement’ BSN depan hotel sampai p0lis kejutkan jam 3 pagi. Mula-mula mereka ingat ‘Mat Pit’, akhirnya mereka belanja Teh Tarik di kedai mamak. Tak campur lagi pernah tidur di kaki lima KLCC. Itu semua zaman dulu. Memang banyak lagi kenangan hidup di KL,” katanya.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, Nazim berkata apa yang dikecapi hari ini segalanya bermula dengan kesusahan.

“Orang nampak senang kita saja. Susah payah kita mendaki gunung kehidupan ini orang tidak tahu.

“Sebab itu aku sejenis tak kuasa nak fikir apa orang kata belakang aku. Apa yang aku tau, aku gigih. Walaupun zahirnya aku di mata mereka sekadar mat bunga acah-acah KPOP,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dok ralit tengok video ni, teringat pulak kisah-kisah lama. Daripada zaman mentah datang KL sorang-sorang konon2 nak berdikari, masuk KLCC first time happy macam mana ntah 😝 , pastu kenangan dok menyewa bilik setinggan kat belakang Hotel Istana .. jalan kaki 4KM hari-hari nak pegi keja hotel kat depan Zouk Club yang lama ( Hotel Maya dulu nama dia Park Plaza ) , pengalaman tido kat basement BSN depan hotel sampai polis kejut pukul 3 pagi ( mula-mula diorang ingat aku Mat Pit last-last diorang belanja Teh Tarik kat mamak sebab kesian ) 😅 … tak campur lagi pernah tido kat kaki lima KLCC. Zaman dulu la… eh memang banyak lagi la kenangan hidup kat KL. Orang nampak senang kita je, susah payah kita mendaki gunung kehidupan ni orang tak tak tau. Sebab tu aku sejenis tak kuasa dah nak fikir apa orang kata belakang aku, yang aku tau .. aku gigih.. walaupun zahirnya aku di mata diorang sekadar mat bunga acah-acah KPOP. 😌

A post shared by nazimothman (@nazimothman) on

“Kenapa bukan saya yang pertama?” – Nazim Othman enggan terima watak kedua jika hero tak semenggah

PELAKON Nazim Othman meluahkan rasa kesal dan mempersoalkan tawaran memegang watak kedua berbanding menjadi pelakon utama.

Nazim, 35, berkata, dia hanya menerima tawaran sebegitu jika watak utama diberikan kepada pelakon yang lebih bagus dan layak daripada dirinya.

Lebih parah, kata Nazim, watak utama itu dipilih berdasarkan populariti semata-mata.

Second What second ? Kenapa bukan saya yang pertama? Saya boleh mainkan watak kedua sampingan kalau bakat yang pertama itu lebih baik daripada apa yang saya boleh bawakan. 

Nazim kecewa jumlah pengikut di media sosial jadi kayu ukur bakat.

“Saya takkan bawa watak kedua untuk seseorang yang hanya popular tapi bakat dan disiplin entah ke mana,” tulisnya di Instagram. 

Tambah Nazim, dia berasa kecewa apabila bakat selebriti itu diukur melalui jumlah pengikut di media sosial. 

Dia berkata, pengikut atau populariti yang bersifat sementara berbanding bakat sebenar yang ada pada seseorang pelakon.

“Sekarang ini, kebanyakan yang pertama tu dipilih berdasarkan jumlah pengikut mereka di platform media sosial. 

Nazim tak kisah bawa watak apa asalkan watak utama lebih baik darinya.

“Kalau macam ni lah bakat tu diukur, kita ni hanya takdir. Tak semestinya seseorang yang ramai followers tu betul-betul berbakat,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon drama Terima Aku Seadanya ini turut berbalas komen pengikutnya di laman sosial bahawa dia sentiasa bertolak ansur dengan bayaran namun akan mempertimbangkan tawaran watak kedua.

“Saya tak kisah play second, watak sikit pun saya buat kalau kuat karakternya. Bayaran pun banyak kali saya compromise tapi tengok keadaanlah. Yang first lead tu kena semenggah sikit for me to accept playing second or third. Itu saja,” komennya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HM