‘Uturn’ Yang Dilakukan Oleh BNM Semalam Cetus Kem4rahan Kerana Rakyat Rasa Dipermainkan

BANGI: : Wujud kekeliruan berhubung kenyataan yang dikeluarkan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikeluarkan semalam menurut Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Jelas Tengku Zafrul, BNM seharusnya memperbaiki komunikasi dengan pelanggan bagi mengelakkan timbul isu kekeliruan tersebut.

“Wujud kekeliruan dalam soalan lazim yang diberikan BNM. Jadi ilustrasi yang diberikan juga mengelirukan. Tapi tidak ada perbezaan dalam peruntukan itu.

“Apapun, pelanggan kena bayar faedah itu selepas ini, bukan tiada faedah. Pelanggan keliru sama ada ia akan dide3nda atau tiada faedah. Itu sebabnya ada kekeliruan dalam soalan lazim.

“Tapi dalam kenyataan BNM tidak ada penjelasan tapi pagi ini BNM ada beri penjelasan dan ia semakin jelas. Saya harap komunikasi antara bank dan pelanggan harus dipertingkatkan dari segi komunikasi,” katanya ketika merasmikan Sistem Geran Khas Prihatin di Menara Hasil Bangi, pada Jumaat.

Semalam, menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak BNM menyatakan bahawa peminjam tidak perlu membuat permohonan bagi moratorium dan peminjam hanya perlu menyelesaikan dokumentasi yang diperlvk4n bagi memberi laluan kuasa undang-undang ke atas moratorium.

Menurut BNM, tujuan moratorium dilaksanakan adalah bertujuan bagi memudahkan aliran tunai golongan peminjam yang menerima impak akibat COVI1D-19.

“Saya rasa BNM telah jelaskan dalam soalan lazim mereka yang jelas ialah faedah tetap terakru tetapi tidak di kompaun,” kata Zafrul lagi.

BNM dalam satu kenyataan pada Jumaat membuat pengakuan timbul kekeliruan dan kebimbangan melibatkan kenyataan yang dikeluarkan pihak mereka semalam.

Kenyataan itu turut menegaskan, penangguhan bayaran balik pinjaman sememangnya bertujuan membantu aliran tunai peminjam yang terjejas akibat pandemik COV1ID-19 dan matlamat itu tidak berubah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terdapat beberapa kekeliruan tentang kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikeluarkan semalam, kata Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Justeru itu katanya, BNM dinasihatkan agar mempertingkatkan komunikasi dengan pelanggan bagi mengelakkan sebagai kekeliruan. “Wujud kekeliruan dalam soalan lazim yang diberikan BNM. Jadi ilustrasi yang diberikan juga mengelirukan. Tapi tidak ada perbezaan dalam peruntukan itu. “Apapun, pelanggan kena bayar faedah itu selepas ini, bukan tiada faedah. Pelanggan keliru samada ia akan didenda atau tiada faedah. Itu sebabnya ada kekeliruan dalam soalan lazim. #Moratorium #MoF Video: @syarifyusof

A post shared by Malaysia Gazette (@malaysiagazette) on

Sumber : Astro Awani

KATA kunci ‘u-turn’ terus tular di platform Twitter dan platform utama media sosial lain sepanjang Khamis malam berhubung kenyataan media yang dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM) malam tadi.

Rata-rata netizen nyata kecewa dengan pengumuman terbaharu dari bank pusat itu yang disifatkan sebagai bercanggah dengan pengumuman yang disiarkan pada 25 Mac 2020 lalu.

Di akaun Facebook rasmi BNM, netizen menyuarakan rasa tidak puas hati mereka berhubung perkembangan terkini yang mengandungi pemberitahuan jadual pembayaran balik semakan dan apa-apa sahaja perubahan terhadap jumlah pembayaran, yang meliputi jumlah kadar faedah atau keuntungan biasa yang terakru sepanjang tempoh moratorium.

Bagi pemilik akaun Boon Heng, tindakan mengeluarkan kenyataan media kali ini dianggap telah mengelirukan rakyat Malaysia.

Senada dengan Boon Heng, Keong Ng pula mahu BNM mengeluarkan kenyataan yang memudahkan pemahaman rakyat Malaysia.

“Tiada benda percuma dalam dunia ini. Bayar tepat pada masanya atau bayar lebih,” katanya menerusi ruangan komen.

Antara lain, Hirmi Hanif pula menganggap penangguhan yang diberikan sebelum ini hanya harapan p4lsu.

“Orang minta tangguh sebab pendapatan terjejas, mana nak datang pendapatan untuk bayar sekaligus?” soal Hirmi.

Ini antara komen netizen di Facebook Rasmi Bank Negara Malaysia

Ini antara komen netizen di Facebook Rasmi Bank Negara Malaysia

Jika dilihat di Twitter, hampir lebih 10,000 pengguna menggunakan kata kunci ‘u-turn’ sebagai memberi reaksi terhadap kenyataan media oleh pihak BNM.

Ada antara mereka menganggap perubahan dasar ini menyebabkan orang ramai mula keliru dan menyuarakan ketidakpuasan hati di media sosial

Antara lain, ada antara netizen yang mula menganggap bahawa ‘Mak Cik Kiah tert1ipu’.

Malah, di laman Change.org, satu petisyen dalam talian telah dibuat dan ia mendapat hampir 1,000 tandatangan hanya dalam tempoh 20 minit.

“Sila ikut arahan Perdana Menteri” antara komen paling banyak dikongsi dalam petisyen berkenaan.

sumber: astro awani

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://transformasi.pw/