PKP Dilonggarkan, Naim Daniel Pesan Rakyat Malaysia Jangan ‘Seronok’ Sangat, Berhati-Hati ‘Kita Belum Menang’…

Pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) oleh Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kelonggaran dalam aktiviti-aktiviti tertentu bermula 4 Mei 2020 ini. Bagaimanapun, keputusan pelaksanaan itu memberi kebimbangan segelintir masyarakat dalam berdepan dengan penul4ran w4b4k c0v1d-19.

Penyanyi Naim Daniel menerusi akaun Instagram berkongsi pendapat mengenai kedegilan segelintir masyarakat. Dia turut menasihati agar netizen sentiasa berhati-hati kerana ‘kita belum menang’ atasi w4b4k tersebut.

Kita belum menang

Penyanyi lagu Sumpah ini berpendapat sepanjang tempoh PKP ada segelintir masyarakat kita tetap berdegil langgar perintah kerajaan. Apatah lagi, setelah Perdana Menteri umumkan PKPB yang akan berkuatkuasa bermula 4 Mei ini.

Tidak dinafikan angka kes j4ngk1tan di setiap negara masih wujud. Penawar bagi peny4kit ini juga masih dicari oleh pakar. Naim memberi gambaran contoh pelaksanaan negara Taiwan yang masih memperketatkan kawalan pergerakan meskipun kes berada di tahap sifar.

Bagaimanapun, pandangan penyanyi ini kurang dipersetujui segelintir netizen dan menganggap keputusan kerajaan adalah terbaik dalam membantu ekonomi harian mereka.

‘Kami B40 terpaksa keluar bekerja’

Tidak dinafikan golongan B40 terpaksa ‘ikat perut’ sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Meskipun mendapat bantuan berbentuk bekalan makanan atau wang, namun, tidak mencukupi. Begitulah luahan netizen di ruang komen posting Naim Daniel.

Penyanyi itu turut respon, dimana rata-rata masyarakat terkesan dengan situasi yang dialami. Naim menegaskan kenyataannya itu tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, hanya sekadar pandangan peribadi

‘Janganlah marah, mereka terdesak’

Dia turut bimbang jika kelonggaran yang diberikan akan disalahguna oleh sesetengah pihak. Dia meluahkan kerisauan yang akan dihadapi masyarakat setelah kira-kira sebulan ‘bertarung’ melawan j4ngk1tan w4b4k tersebut.

‘Buka mata orang sekeliling dulu’

Sekali lagi, Naim meluahkan kerisauannya terhadap segelintir masyarakat yang tetap berdegil keluar dari rumah tanpa sebarang urusan di luar. Dia percayai bahawa tidak semua masyarakat yang memahami arahan yang dilaksanakan kerajaan. Malah, pelaksanaan PKPB ini membuatkan segelintir pihak kurang bersetuju kerana bimbang penul4ran semula berlaku.

Bagaimanapun, ini bukanlah masa yang sesuai untuk rakyat Malaysia berseronok dengan kelonggaran yang diberikan kerajaan. Kita masih mempunyai tanggungjawab dalam memutuskan rantaian c0v1d-19 ini.

Sumber: Naim Daniel

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OhBulan