Sedar tak sedar kita dah masuk bulan Ramdhan dimana semua umat Islam akan melaksanakan ibadah puasa. Namun, dalam keterujaan kita menyambut bulan Ramadhan ini, w4b4k c0v1d-19 masih belum reda kerana w4b4k seperti ini mengambil masa yang agak lama untuk dih4puskan.
Sudah pasti ada lagi individu yang masih atau akan menjalani ujian swab c0v1d-19 bagi tujuan keselamatan. Mesti korang tertanya-tanya, buat ujian swab Covdi-19 time puasa batal ke tak ?
Jangan risau, seseorang individu melakukan ujian swab c0v1d-19 tidak akan membatalkan puasa. Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan ujian swab bagi mengesan individu dij4ngk1ti c0v1d-19 sebagai tidak membatalkan puasa.
Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selaku Mufti Perlis berkata, kaedah yang diguna oleh petugas Kementerian Kesihatan untuk menjalankan ujian berkenaan didapati tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum, lapor Harian Metro.
Kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak dalam kedalaman tertentu bukan tindakan makan dan minum sehingga membatalkan puasa.
So, puasa individu yang sah secara yakin tidak boleh dianggap batal hanya kerana timbul sesuatu yang sy4k atau wujud sesuatu andaian.
Alasan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan sebagai sebab pembatalan puasa turut menimbulkan perbezaan pendapat yang luas dalam kalangan ulama mazhab.
Pandangan yang menguatkan ujian swab ini tak membatalkan puasa bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi sebab syarat untuk memasukkan sesuatu ke rongga dalam mestilah bersifat kekal didalamnya dan tak ada sambungan dengan alatan lain di luar badan.
Hal ini dapat dikaitkan dengan tindakan memasukkan gastroscope iaitu teropong perut ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpamanya.
So, ujian swab yang dilakukan dengan hanya memasukkan alat khusus ke dalam rongga hidung atau mulut untuk mendapatkan sampel lalu dikeluarkan semua tidak membatalkan puasa.
Korang yang nak buat ujian swab c0v1d-19 time bulan puasa nanti jangan risau, puasa takkan batal.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : LobakMerah