“Kau Tu Dahlah Hod0h, Gemuk” – Alahai, Jah4tnya Netizen! Instafamous Beby Tora Kena Body Shaming Lagi

Personaliti laman sosial Nor Atierah Zulfatie atau lebih dikenali sebagai Beby Tora memohon maaf andai ada berbuat salah sehingga membuatkan pengikut tidak menyukainya. 

Menerusi laman sosial Instagram, Tora memuat naik sekeping foto komen kec4man berbentuk body shaming yang diterima di ruangan komen.

“Saya minta maaf kalau saya ada buat salah yang membuatkan anda tak suka saya. Saya hanya buat apa yang saya minat. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sya minta maaf yee klau sya ada buat salah atau silap yang mmbuatkan anda tak suka saya 🙂sya hanya buat apa yg sya minat ..klau tak suka saya ,jangn tngok video2 saya ..ni kan bulan ramadhan .bulan muliaa ..jadii apa yg kluar dari mulut tu tlong tapis yee ☺️apa yg anda komen tu kdang2 sngat mnyakitkan hati .tak prlu pun condemn pasal badan saya .tu benda paling sensitif tau ..yee saya tau saya gemukk tapi gemuk saya tak prnah susahkan orang lain yee ❤️okeyy slamat brbukaa

A post shared by atierah zulfatie (@beby_toratora) on

“Kalau tak suka saya, jangan tengok video-video saya. Ni kan bulan Ramadan, bulan mulia. Jadi apa yang keluar dari mulut tu tolong tapis ye. 

“Apa pun yang anda komen tu kadang menyakitkan hati. Tak perlu pun condemn pasal badan saya. Tu benda paling sensitif ye. Ye, saya tahu saya gemuk tapi gemuk saya tak pernah susahkan orang lain,” tulis Tora sebagai kapsyen. 

Menerusi foto terbabit, seorang pengguna menggunakan platform YouTube Tora untuk memberikan komen berbentuk hinaan terhadap instafamous tersebut.

“Kau cakap elok-elok boleh tak? Kau tu dah la hodoh gemuk, buat mimik muka lagi tambah hodoh, dasar gemuk sofa,” tulis pengguna terbabit. 

Malah, ini bukan kali pertama Tora memohon maaf terhadap penampilan dan cara pemakanannya kerana sebelum ini dia sering menerima kritikan yang sama daripada wargamaya. 

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata ramai pengikut yang memberikan sokongan kepadanya agar tidak mempedulikan sebarang komen negatif. 

“Saya suka tengok video akak di YouTube. Abaikan orang body shaming tu, cukup hari mesti dia kena balik. Stay strong akak,” tulis seorang wargamaya.

“Takpa kak, banyak lagi orang yang suka dan sayang kak. Saya sayang kak, kak ada pendirian tersendiri,” komen seorang wargamaya. 

“Hey tak faham aku orang macam ni. Tak suka tak payah la tengok. Pelik la orang jenis ni,” marah seorang wargamaya.

“Tak payah layan sangat Tora, biasalah PKP ni ramai orang meroyan taktau nak buat apa, tu yang jadi macam tu,” ujar seorang wargamaya.

“Inilah yang dikatakan kalau tak mampu tulis kebaikan, baik diam. Tulisan menggambarkan hati seseorang tu. Yang menghina ciptaan Allah tu lagi hina,” kata seorang wargamaya lagi. 

Tora yang cukup dikenali dengan video ulasan makanan sehingga kini berjaya mengumpul hampir 600,000 pengikut di laman Instagram. 

Sekadar info, Tora dan suaminya, Apit Johari telah mendirikan rumah tangga pada 1 Mac 2019. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak