“Ramai Yang Kehilangan Orang Tersayang…Tiada Tempat Tumpang Berteduh” – Nora Ariffin

Penyanyi Nora Ariffin mengingatkan mereka yang masih dikelilingi orang tersayang untuk bersyukur dengan nikmat itu.

Menurut Nora, terdapat ramai orang yang telah kehilangan insan penting dan tiada tempat untuk mengadu kesusahan serta berkasih sayang.

“Beruntungnya orang yang masih punya ayah sebagai tempat bermanja, masih punya ibu tempat mengadu dan menjadi gudang pahala…serta masih punya suami atau isteri tempat berkasih sayang.

“Juga yang masih punya anak sebagai teman penghibur hati.

“Kerana masih ramai orang di luar sana yang telah kehilangan orang-orang tersayang ataupun langsung tidak ada tempat untuk menumpang teduh, bersyukurlah, Allah maha mengetahui,” tulis Nora di Instagram.

 Menjengah ke ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Nora turut bersetuju dengan pendapatnya itu.

Ramai juga yang memberi kata-kata semangat agar Nora terus kuat dalam kehidupan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Beruntungnya org yg masih punya ayah sbg tempat bermanja… Masih punya ibu tempat mengadu dan menjadi gudang pahala…. Serta masih punya suami atau isteri tempat berkasih sayang… Juga yg masih punya anak sebagai teman penghibur hati…. Kerana masih ramai orang2 diluar sana yg telah kehilangan orang2 tersayang atau pun langsung tidak ada tempat utk menumpang teduh. Bersyukurlah….😌 Allah maha mengetahui. #adadalamtiadabynora

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

Terdahulu, suami Nora, Johan Nawawi telah men1ngg4l dunia pada 24 Mac 2017 ketika berusia 52 tahun.

Pada 14 Disember 2019, Nora dikejutkan lagi dengan pemergian anak keduanya, Alif Johan yang men1ngg4l dunia secara mengejut.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak