SERAMAI 28 warga asing disahkan positif cov1d-19 sekali gus mewujudkan kluster baharu dipanggil kluster pembinaan.
Ketua Pengarah k3sihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian k3sihatan Malaysia sedang menjalankan siasatan di tapak pembinaan dan mengesan kaitannya dengan kluster lain.
“Individu dijangk1ti didapati tinggal sekali dalam apartment, mungkin jangk1t4n daripada kluster lain.
“Jadi kita masih jalankan siasatan ada kaitan dengan kluster perhimpunan Sri Petaling berikutan ada antara mereka yang hadir tetapi sudah lama sangat,” katanya pada sidang media harian cov1d-19 di Putrajaya, hari ini.
Menurutnya, siasatan masih dijalankan sama ada boleh atau tidak dikaitkan kluster baharu ini dengan jangk1t4n pasar borong berikutan ada rakan serumah mereka bekerja di situ selain kemungkinan juga kluster Kampung Baru.
“Tetapi setakat ini kita masih tak dapat bukti kukuh untuk kita kaitkan kluster ini dengan kluster pasar borong atau Kampung Baru, jadi kita namakan kluster pembinaan.
“Semalam (kelmarin), tiada pertambahan k3s baharu dan setakat ini kita ada 28 k3s bukan warganegara yang bekerja di tapak pembinaan Kuala Lumpur,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : cempedakcheese