“Tiap Malam Saya Akan Terjaga & Terus Periksa Jantung Billy,” Lana Nodin Masih Fobia

Lana Nodin juga seperti ibu yang lain tak sanggup melihat anak yang dikandung selama 9 bulan di dalam rahimnya mender1ita s4kit. dem4m panas pun hati dah tak keruan ini kan pula dikhabarkan mender1ta s4kit jantung.

Kisah anak lelaki Lana Nodin yang jantungnya terhenti 10 minit ketika doktor membuat persediaan memulakan pembed4han membetulkan injap jantungnya di Institut Jantung Negara (IJN) bulan Februari lalu telah mengemparkan seluruh keluarga dan peminatnya.

Lana ceria setiap kali bercerita tentang bayi lelaki comel yang diberi nama William Daud McKienzie atau lebih mesra disapa Billy ini. “Saya lahirkan Billy secara pembed4han dan selepas 3 hari melahirkannya saya masih tak berpeluang nak jumpa.

Saya pun tertanya-tanya juga kenapa lama sangat nak dapat jumpa anak selepas lahir. Rupa-rupanya Billy mempunyai sedikit masalah di bahagian jantung,” kongsi Lana tentang Billy yang dikesan mengalami masalah injap jantung atau aortic stenosis sejak dilahirkan.

“Tapi sebelum tu saya ingin membetulkan kenyataan sebelum ini yang mengatakan jantung Billy terhenti selama 10 minit. Sebenarnya selepas melihat report penuh bukan 10 minit tapi 15 minit jantung Billy terhenti. Bayangkan keadaan saya apabila membaca report tersebut,” kongsi wanita yang berusia 39 tahun ini.

“Momen bila doktor keluar dari bilik pembed4han dan cakap operation dah berjaya, terus tak tahu nak cakap. Hanya Allah SWT saja yang tahu apa yang ada dalam hati saya ketika itu. Baru saya rasa bagaimana nikmat mendapat anak yang sempurna. Lahir sempurna cukup sifat tu lain, ini sempurna dari segi dalaman. Kalau ibu-ibu yang melahirkan anak tu dapat anak yang sihat dan sempurna syukurlah betul-betul.

Walaupun sudah 9 bulan kisah itu berlalu rupanya Lana masih lagi fobia dan sering terjaga malam dan akan memeriksa keadaan anaknya. “Walaupun pembed4han membetulkan injap jantung Billy sudah berjaya dan keadaan dia okay tapi saya masih lagi terbangun  tengah-tengah malam, sikit-sikit tengok jantung dia, sikit-sikit pegang perut dia.

Membesarkan Billy saya menjadi extra careful berbanding membesarkan kakaknya Gia. Masa tu saya tak bagi orang jaga anak saya,” cerita Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin.

Bagaimana Lana mendapat kekuatan nak menghadapi situasi getir seperti itu? “Kalau nak cakap pasal kekuatan terus terang saya memang tak kuat. Masa mula-mula doktor bagitahu Billy mengidap aortic stenosis saya rebah dan stres.

Bila ada orang yang bertanya khabar saya langsung tak angkat telefon. Padahal ketika itu orang hanya bertanya khabar saya dah bersalin atau belum saja. Saya tak jawab langsung. Dalam kotak fikiran saya berpusing laju bertanya kenapa itu kenapa ini, apa puncanya. Kes yang berlaku kepada anak saya sangat rare dan biasanya ia hanya terjadi kepada orang dewasa.

Doktor beritahu ini bukan sebab pemakanan atau keturunan. Ini adalah kecacatan. Ada baby yang lahir dengan 6 jari, itu juga dipanggil kecac4tan fizikal. Ada juga bayi yang lahir dengan kecac4tan organ seperti Billy. Maknanya perkembangan bayi di dalam rahim tak develop habis, kita tak tahu. Itu semua adalah kuasa Allah SWT,” kata isteri kepada Mohd Daud McKienzie ini.

Menurut Lana, suaminya juga tak kuat ketika menghadapi situasi sukar ini. “Suami pun sed1h ketika itu. Mulut tak berhenti berdoa kepada Allah SWT. Suami pula merupakan keturunan terakhir McKenzie yang lelaki. Dia tak ada adik-beradik lelaki.

Kalau saya tak ada anak lelaki bermakna suami adalah orang terakhir yang membawa surname MckKenzie ini. Bila dapat pula anak lelaki diuji dengan masalah kesihatan pula. Famili di Amerika pun turut bersed1h,” kongsi Lana yang dikurniakan anak sulung, Gia Quinn McKienzie berusia 3 tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona