[VIDEO] Isu Perl3keh Orang Melayu, Bos Jakel Mohon Maaf Kesilapan Adiknya

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel hari ini memohon maaf di atas isu perlekeh kaum Melayu oleh adiknya.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Jakel, Faroz telah memberikan pencerahan tentang isu tersebut dan memohon kemaafan dari seluruh rakyat Malaysia.

“Salam Ramadan, saya Mohamed Faroz Bin Mohamed Jakel, ingin memberi pencerahan tentang posting yang tular pada 1 Mei baru-baru ini oleh adik saya, Muzaffar yang mana beliau telah membuat satu kenyataan yang menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu kita.

“Saya juga terkesan dengan posting tersebut. Saya juga marah. Tapi perkara telah berlalu, segala kekhilafan ini berlaku mungkin salah faham. Tapi telah ditokok tambah oleh posting-posting yang tidak berapa tepat dan sebagainya,” ujarnya.

Menerusi video tersebut, Faroz turut menjelaskan identiti seorang wanita dikenali sebagai Nor Lizah yang turut membuat posting menghina orang Melayu dan mempertahankan jenama itu.

“Contohnya posting Nor Lizah yang mana beliau mengutuk, menghina, memaki hamun orang Melayu kita dan beliau tiada kena mengena dengan keluarga Jakel mahupun dengan rangakaian Jakel.

“Jadi saya sebagai pengarah kumpulan mewakili seluruh kakitangan dan keluarga Jakel ingin memohon seribu kemaafan kepada seluruh rakyat Malaysia lebih-lebih lagi orang Melayu kita yang tersinggung dan terkecil hati dengan statement yang telah dilakukan adik saya.

“Memang tidak ada niat untuk menghina dan merendahkan orang Melayu kita. Jakel berjaya naik dan berjaya menjadi sebuah gedung yang terkenal adalah dengan sokongan seratus peratus orang Melayu kita juga.

“Jadi masakan saya menghina orang Melayu dan tidak tergamak dan tidak terfikir oleh akal fikiran manusia untuk menghina pelanggan kami yang mana pelanggan memberi kami rezeki dengan izin Allah,” ujarnya.

Mohamed Faroz dalam video sama berharap masyarakat di luar sana agar terus menyokong jenama tersebut dan mengakui berasa sedikit emosi dalam hal berkenaan.

Malah, dia mendedahkan cukup kecewa dan sed1h atas apa yang berlaku itu.

Terdahulu, Muzaffar Jakel menerusi Instagram Story miliknya seolah-olah memperlekeh orang Melayu apabila ramai yang mempertikaikan pembukaan gedung itu pada 4 Mei.

“Kesian aku dengan orang Melayu. SOP (prosedur operasi standard) bahasa Melayu pun tak pandai baca,”

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Yoy network