Suami Minta Lufya Omar Perbaiki Diri Di Bulan Ramadan

Nampaknya, kemelut rumah tangga Lufya Omar masih tiada kesudahan lagi apabila pelakon itu meluahkan rasa kesal apabila suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum sudah hampir setahun tidak menjenguk anak, Laana Haura.

Tidak hanya berdiam diri, Dr Che Hafiz tampil mempertahankan dirinya mengenai dakwaan berkenaan. Menurutnya, Lufya boleh sahaja menghubunginya atau selesaikan masalah mereka dengan saluran yang betul tanpa perlu menghebahkan kepada umum.

Katanya lagi, dakwaan isterinya itu boleh menimbulkan pandangan burvk terhadap dirinya. Akui terkejut dengan kenyataan Lufya itu, Dr Che Hafiz bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan tersebut kerana ianya isu perbadi untuk dikongsikan.

“Saya terkejut juga bila baca kenyataannya itu. Sepatutnya dia boleh saja hubungi saya untuk selesaikan masalah antara kami. Dia boleh gunakan saluran yang betul untuk selesaikan perkara itu tapi kenapa perlu begini?

“Sebenarnya saya tak nak ulas lebih lanjut perkara ini sebab ia melibatkan kehidupan peribadi yang tidak perlu orang luar masuk campur,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz turut meminta agar Lufya memperbanyakkan amalan dan muhasabah diri dalam bulan Ramadan ini dan bukannya sibuk menyebarkan cerita tidak benar mengenainya.

“Cukuplah-cukuplah keluarkan kenyataan tidak benar, orang mungkin sudah muak dan letih dengan isu ini. Lagipun kita dalam bulan Ramadan sepatutnya kena perbaiki diri dan perbanyakkan amal ibadah,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya