Ragakan Baju Raya Keluaran Jakel, Aaron Aziz Pula Terima Tempias Dari Wargamaya

Nama Aaron Aziz sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni tanah air. Pelakon asal Singapura ini sudah menempa nama sejak tahun 2004 lagi apabila mula mencipta nama melalui cungkilan bakat dari sutradara Erma Fatimah.

Sepanjang kerjayanya, Aaron telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam kerjayanya termasuk Pesta Perdana Singapura, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah MeleTOP Era.

Seiring dengan bakat lakonannya, Aaron juga menempa nama dalam bidang peragaan. Dengan susuk tubuh sado, beliau banyak menerima tawaran untuk memperagakan pakaian dan yang paling terkini sudah tentu daripada Jakel.

Biarpun baru-baru ini kec0h di media sosial berkaitan kisah k0ntroversi Muzaffar Jakel yang dikatakan mempersendakan bangsa MeIayu, sedikit sebanyak tempiasnya turut terkena pada Aaron Aziz yang setiap tahun dipilih menjadi duta bagi pakaian raya keluaran syarikat Jakel.

Menerusi intaian di laman IGnya, Aaron dilihat mempr0m0sikan beberapa pakaian keluaran syarikat Jakel baru-baru ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

MashaAllah Sejak dua menjak ni abg berseri. Nampak tak tetiba berkilau kilau? Kenapa Ya? Kenapa aku bercahaya begini? Jgn fikir Macam Macam ye. Pakai segak aje cakap Nak pergi online… Pahhhhh mana laptoppppp paaaaahhhh. (Harga JUNAM baju Jakel 6.30pm FB LIVE @jakeltextile ) #bajumelayuAaronAziz #abgcariLaptop #abgberseri #abgjualBajuJakelHARGAJUNAM. #abgberkilau

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz) on

Apa yang menarik perhatian, ramai pengikut IGnya memberi komen bahawa mereka tidak akan membeli baju melayu keluaran syarikat Jakel gara-gara kenyataan dari Muzaffar tempohari.

Aaron bagaimanapun men1ngg4lkan beberapa komen yang cuba menyebelahi peminatnya dengan mengatakan bahawa beliu turut tidak setuju dengan kenyataan yang dikeluarkan Muzaffar itu dan beliau benar-benar tersepit dan tidak tau nak buat apa.

“maaf malik…sya boikot jekel….king tk king abg tk abg…ehh sherammm”, kata man_tiger91

“Ye saya minta Maaf la.. saya pun tak tahu nak buat mcm mana”, balas Aaron Aziz.

“Kalau abang aziz ORANG MELAYU, please jangan support JAKEL pendatang ni..

Tamatkan contract dgn JAKEL”, tulis heeyydiii pula.

“Ye tak patut dia cakap mcm tu”, balas Aaron lagi.

Namun begitu ada juga yang menyebelahi Aaron apabila beliau didesak untuk menamatkan kontraknya dengan syarikat Jakel.

“arron pun x tau tu, arron dh lama jadi duta jakel, arron buat keje je tu, arron pun tgh pening… Biarlah arron fikirkan… Jgn kita kcam terus”, kata pemilik akaun bernama nicqzai

“awak ingat tamat kontrak macam kasi surat behenti keje ke? Senang macam tu? Ada otak fikir sikit bang, jangan malvk4n bangsa..langgar agreement boleh kena sman tau, kena ganti rvgi pada penaja. Ade fikir x pasal tu? Cakap macam tak sekolah”, tambah juanfaezuan pula.

Nampaknya kisah Jakel masih belum reda di hati masyarakat Melayu. Walaupun beberapa kenyataan telah dikeluarkan oleh wakil syarikat dan Muzaffar Jakel sendiri, ia belum mampu memulihkan keadaan.

Diharapkan semua pihak yang terkesan dengan kenyataan Muzafar berlapang dada dan melupakannya. Biasalah kadang-kadang manusia melakukan kesilapan.

Sempena bulan Ramadhan ini, marilah kita saling maaf memaafkan diantara satu sama lain.

Sumber: kitaSteady

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : jalankami.com