“Grup Suami Masak Apa Hari Ni…Isteri-Isteri Tak Boleh Join, Untuk Suami Dan Bakal Suami Sahaja!” – Admin

Selepas grup ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni?’ menjadi tular, yang terbaru kelab Facebook ‘Suami Masak Hari Ni?’ pula menjadi sebutan di timeline laman sosial tersebut, sejak semalam (Selasa).

Apa yang menarik perhatian ialah, peraturan yang ditetapkan admin untuk grup yang baru dibuka pada 16 April lalu.

Antara peraturannya ialah, admin melarang kaum wanita untuk menyertai grup dan hanya akan meluluskan permintaan daripada suami dan bakal-bakal suami sahaja.

 Grup Suami Masak Apa Hari? ini juga diwujudkan untuk para suami yang memasak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Assalammualaikum semuo (semua), min sodih boto (min sed1h betul) la, apo gigih bonar (apa gigih benar) kaum wanita nak masuk juga group ni, bukan tak kasi tengok public, dah siap kasi dah, nak jugak masuk dalam ni, dah dikobakan (bagitahu) rules and regulation pun tak faham-faham.

“Ni contoh-contoh eh, tapi sobonarnya (sebenarnya) dah banyak dah kaum wanita den (saya) decline, ayo osah (tapi) tak faham-faham. Min totap (tetap) tak kasi kaum wanita masuk,” tulis admin menggunakan nama samaran Pai Epal.

Bagaimanapun syarat dan peraturan ditetapkan admin itu telah mengundang rasa tidak puas hati kaum ibu.

Menerusi tinjauan Gempak pagi tadi, salah seorang pengikut grup tersebut telah berkongsi posting seorang wanita.

Kapsyen “kita difin4h gaisss” yang ditulis lelaki tersebut mencuit hati pengikut grup Suami Masak Apa Hari Ini?. 

Selain memiliki bilangan ahli seramai 75, 249 (setakat artikel ini ditulis) dan semakin bertambah, grup Suami Masak Apa Hari Ini? turut mendapat perhatian pelakon Hairul Azreen.

Hairul telah berkongsi resipi menyediakan pencuci mulut Puding Gula Hangus dalam grup tersebut.

“Saya berjaya buat caramel pudding! First time ok. Nah wahai bapak-bapak boleh tiru untuk buka puasa esok, BTW (by the way) thank you guys,” tulisnya sambil berkongsi sebuah video.

Selain Hairul Azreen, chef Joe atau Papa Joe yang popular menerusi program Masterchef Malaysia dan penyanyi Pretty Ugly -Neves juga merupakan ahli grup Suami Masak Apa Hari Ini?.

Grup yang menggunakan tanda pagar #SuamiMasakApaHariIni? #AirTanganSuami #SuamiLejen ini juga menetapkan peraturan kepada suami dan bakal suami supaya tidak memuat naik gambar atau video masakan isteri, sebaliknya hanya air tangan sendiri.

Sebarang pengiklanan untuk perniagaan, penggunaan kata-kata kesat serta kurang sopan yang boleh mencetus perbalahan juga dilarang sama sekali.

 Sumber/Foto: Facebook Suami Masak Apa Hari Ini?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak