ATAS alasan tidak boleh berjauhan dengan anak dan syarat yang ditetapkan bekas madu, isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Farhan yang dikenali Dr Erin mengesahkan sudah dicer4ikan suaminya pada 27 April lalu.
Berita perceraian yang dikongsikan Dr Erin atau nama sebenarnya Noorainul Naqim Mohd. Radzi, 40, di Instagram itu adalah keputusannya sendiri demi kebaikan semua pihak termasuk bekas madu, Fatin Nurul Ain.
“Untuk pengetahuan semua, ustaz sudah melafazkan cer4i terhadap saya pada 27 April lalu selepas saya sendiri meminta untuk dilepaskan. Saya yakin ini yang terbaik untuk kami bertiga. Saya juga tahu pihak sana (bekas madu) tak boleh ‘move on’.
“Percer4ian ini saya yang minta sebab saya dah penat dengan episod kejap kata nak rujuk sana dan nak cer4ikan saya. Kemudian tak jadi cer4i saya dan nak pujuk sana untuk bermadu dengan saya. Selepas itu nak bercer4i balik. Saya tahu ustaz pun serba salah. Disebabkan itu saya memilih untuk dicer4ikan dengan rela,” katanya.
Menurut Erin, dia mengizinkan Farhan untuk kembali kepada pangkuan bekas isterinya kerana suaminya tidak boleh berpisah lama dengan anak-anak.
Katanya, antara syarat yang ditetapkan isteri Farhan adalah dia perlu mencer4ikannya kerana keluarganya tidak merestui anaknya hidup bermadu.
“Pada 11 Februari lalu saya mengizinkan ustaz untuk kembali dengan bekas isteri kerana selepas pulang dari berjumpa anak-anaknya, dia cakap pada saya dia tak boleh berjauhan daripada anak-anak. Dia kata pihak sana bagi syarat nak duduk dengan anak boleh, tapi kena ceraikan saya sebab ibu bapanya takkan bagi anak dia bermadu.
“Sebab terlalu sayangkan bekas suami, saya cakap kepadanya bawa saya balik berjumpa mentua dan bekas madu untuk saya sendiri serahkan dia semula. Biarlah asalkan dia dapat bersama anak-anaknya,” katanya.
Menurutnya, jika diikutkan Februari lalu dia sudah minta untuk dicer4ikan, namun ada sahaja halangan sehinggalah mendapat perkhabaran sudah hami1l baru- baru ini.
“Saya reda jika ini ujian saya untuk kehilangan orang yang saya sayang daripada tengok dia susah hati dan rindu dengan anak-anak. Lebih baik saya mengalah.
“Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa daripadanya dan hanya tunggu masa nak dicer4ikan saja. Sejak bulan Februari nak cer4i ada saja masalah datang sampailah saya nekad nak akhiri pada bulan Ramadan ini demi kebaikan semua tapi saya tahu mengandung pula. Namun saya nekad dengan keputusan saya untuk mengakhirinya,” katanya.
Dalam masa sama, Erin meminta supaya dirinya tidak lagi dikaitkan dengan pendakwah bebas itu dan memohon maaf kepada mana-mana yang pernah terlvka sepanjang perkahwinannya dengan Farhan.
“Saya harap selepas ini tolong jangan kaitkan dia dengan saya. Apa-apa saya yang saya kongsikan di media sosial adalah atas diri saya sendiri. Saya yang baru nak dapat hidayah ini sememangnya tak layak dengan golongan agamawan.
“Biarlah dia jalani kehidupan dia seperti biasa dengan ketenangan dan kebaikan. Saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang terg0res hati dan terkesan atas pernikahan saya dengannya. Saya terima lamarannya dulu sebab ilmu agama dan kebaikan yang saya nampak dalam dirinya ketika itu. Saya sangat harap dia boleh bawa saya ke syurga,” katanya.
Pernikahan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 30, dengan Erin yang juga ibu tunggal anak lapan di Makkah pada November tahun lalu mendapat perhatian masyarakat apabila dilakukan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin.
Bagaimanapun, Farhan kemudian mengambil keputusan mencer4ikan isteri pertamanya yang ketika itu sarat mengandung anak kedua mereka. Cerai itu dilafazkan menerusi rakaman suara di aplikasi WhatsApp pada 3 Disember tahun lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HMetro