Pelakon Jasmin Hamid menyifatkan 2020 adalah satu tahun yang membawa perubahan besar dalam kehidupan ramai khususnya umat Islam.
Menurut Jasmin, orang ramai harus sentiasa bersyukur dan menerima ujian Tuhan dengan hati yang terbuka.
“Tahun 2020 adalah tahun yang sangat berbeza cara hidup kita terutamanya semua umat Islam.
“Pada yang dah memang ada dengan kaum keluarga, bersyukurlah, dan pada yang terpisah dari keluarga, jangan bersed1h, Allah sentiasa ada dengan kita.
“Kita masih belum menang, kerajaan hanya minta kita putuskan rantaian c0v1d-19 ini sahaja, bukan putuskan silaturahim,” tulis Jasmin di Instagram.
Dalam pada itu, Jasmin juga percaya bahawa terdapat hikmah di sebalik krisis c0v1d-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.
“Lapangkanlah dada kita semua untuk menjalani ujian Allah ini dengan reda seperti orang beriman.
“Setiap apa juga ujian yang Allah turunkan, pasti ada hikmah di sebaliknya, bersangka baik dengan Allah,” tulisnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Jasmin turut bersetuju dengan pendapatnya itu.
Mereka juga mengambil iktibar dari detik sukar ekoran krisis c0v1d-19.
Kepada semua pembaca Gempak, kurangkan aktiviti di luar rumah jika tiada urusan penting, utamakan penjarakkan sosial, kerap membasuh tangan dan lakukan semua langkah yang mampu mencegah penul4ran w4b4k c0v1d-19. Kita belum menang!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak