“Waktu Malam Hujan Lebat, Mak Berlari Tadah Air Atap Bocor” – Ustaz Ebit Lew Bantu Ibu Tunggal Empat Anak

Perkongsian Ustaz Ebit Lew sama ada di Instagram, mahupun di Facebook miliknya tidak pernah jemu untuk dibaca.

Tidak kiralah perkongsian syarahannya, bertemu kelompok insan tertentu, sehinggalah musim w4b4k c0v1d- 19 melanda apabila dia berusaha membantu mereka yang memerlvk4n.

Terbaru, Ustaz Ebit Lew berkongsi tentang keluarga ibu tunggal bersama empat orang anaknya yang menetap di Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang.

“seb4k menangis di Tanjung Lumpur Kuantan bila ibu tunggal ini menangis bersama 4 anaknya yang masih bersekolah. Anak yang 18 tahun, 17tahun dan 9tahun menangis cerita waktu malam hujan lebat.

“Mak berlari tadah air. Akhirnya tak boleh tadah. Setiap hari bila hujan begitu. Masing-masing menangis kasihan pada ibunya. Tapi mereka memang susah dari dulu. Kakak duduk asrama, kasihan ibu sekarang duduk rumah,” tulis Ebit Lew.

Cerita Ustaz Ebit, Sekolah banyak membantu juga di sekolah. Tetapi di rumah tiada katil dan tilam. Hanya ada alas kain dan ada satu kerusi tempat tidur. Bilik pun tiada dan mereka hanya menumpang di situ.

“Dulu kakak ni kerja guard dan berhenti. Anak sulung baru kerja 2 bulan dapat rm800. Sekarang dah takde gaji takde duit musim PKP. Makan maggi kongsi adik beradik. Basah semuanya. Dah 2 tahun duduk begini.

“Bila adik 9 tahun dan 17 tahun menangis. Hati saya jadi pilu sangat. Tengoklah atap tu. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Bagaimanalah ada keluarga hidup begini 2 tahun. Adik ni baik-baik semuanya. Besar nak jadi apa. Seorang tu nak jadi p0lis. Mereka bela ayam sedikit. Tapi musang makan ayam. Jadi tak ke mana berniaga. Saya beli semua ayamnya dan anak ayam,” cerita Ebit Lew lagi.

Tambah Ustaz Ebit, seorang daripada anak wanita tersebut menghantar mesej kepadanya secara diam-diam tanpa pengetahuan ibunya.

“Doakan saya tengah cari rumah untuk mereka. Jika dapat saya akan bayarkan sewa dan api air insyaAllah. Mereka menangis bila ajak pindah rumah. Terharu gembira. Doakan yer,” tulis Ustaz Ebit lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sebak menangis di Tanjung Lumpur Kuantan bila ibu tunggal ini menangis bersama 4 anaknya yang masih bersekolah. Anak yang 18 tahun, 17tahun dan 9tahun menangis cerita waktu malam hujan lebat. Mak berlari tadah air. Akhirnya tak boleh tadah. Setiap hari bila hujan begitu. Masing-masing menangis kasihan pada ibunya. Tapi mereka memang susah dari dulu. Kakak duduk asrama, kasihan ibu sekaranh duduk rumah. Sekolah banyak membantu juga di sekolah. Tiada katil dan tilam pun. Alas kain dan ada satu kerusi tempat tidur. Bilik pun takde. Diaorang menumpang jer disini. Dulu kakak ni kerja guard dan berhenti. Anak sulung baru kerja 2 bulan dapat rm800. Sekarang dah takde gaji takde duit musim PKP. Makan maggi kongsi adik beradik. Basah semuanya. Dah 2 tahun duduk begini. Bila adik 9 tahun dan 17 tahun menangis. Hati saya jadi pilu sangat. Tengoklah atap tu. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Bagaimanalah ada keluarga hidup begini 2 tahun. Adik ni baik-baik semuanya. Besar nak jadi apa. Seorang tu nak jadi polis. Mereka bela ayam sedikit. Tapi musang makan ayam. Jadi tak kemana berniaga. Saya beli semua ayamnya dan anak ayam. Adik ni sembunyi mesej saya tanpa pengetahuan mak nya. Dia diam-diam mesej. Kerana tak tahan waktu hujan lebat. Dan kadang rumah semua berlubang. Anak dara susah dan takut nak mandi dan buat apa-apa. Ya Allah tuhanku. Doakan saya tengah cari rumah untuk mereka. Jika dapat saya akan bayarkan sewa dan api air insyaAllah. Mereka menangis bila ajak pindah rumah. Terharu gembira. Doakan yer..-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Terbaru dalam entrinya di Instagram, Ustaz Ebit Lew berjaya mendapatkan rumah sewa untuk keluarga tersebut.

“Syahdu sayu bila dengar adik tu cakap cantiknya rumah. Sepanjang kami hidup tak pernah terbayang pun rumah macam ni. Dalam masa 3 jam selesai pindah rumah. Tuan rumah bagi sewa rm600. Asalnya rm700. Ada 3 bilik. 2 bilik air. Pagar semua cantik. Saya akan bayar sewa dan bil semua insyaAllah selagi mampu dan hidup insyaAllah.

“Cantik rumah ini. Sejuk jer tadi. Kipas semua sejuk jer. Saya belikan 4 katil dan 4 tilam. Katil besar dan 3 katil kecil. Belikan juga langsir dan cadar baru semua. Melihat tangisan mereka cuma terbayang bagaimana nak jawab depan Allah nanti. Sedang saya tidur lena ada orang susah di luar sana. Ya Allah maafkanlah saya. Bantulah keluarga ini,” tulis Ustaz Ebit sayu.

Tambahnya lagi, berulang kali adik beradik tersebut mengucapkan terima kasih kepada dirinya kerana terharu dan gembira.

“Semoga Allah jagakan mereka dan jadikan anak mereka yang baik dan solehah ini menjadi matahari kebaikan buat seluruh manusia. Terima kasih semua sahabat, tuan rumah, orang kuantan yang bersama saya. Allah sayang semua,” tulis Ustaz Ebit Lew lagi.

Jika anda ingin menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlvk4n melalui Ustaz Ebit Lew, anda boleh menyumbang kepada Pertubuhan Kasih Umat Malaysia di akaun bank CIMB 8603546376

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak