Penduduk Setempat Tak Puas Hati!! Dengan Cara Terjah Ust Ebit Lew, Ini Penjelasan Ebit Lew Buat Ramai Terkejut

Baru-baru Ustaz Ebit Lew mencoret kisah beliau membantu sebuah keluarga ibu tunggal di Tanjung Lumpur, Kuantan Pahang.

Ikuti coretan Ust Ebit Lew dibawah :

seb4k menangis di Tanjung Lumpur Kuantan bila ibu tunggal ini menangis bersama 4 anaknya yang masih kecil dan bersekolah. Anak yang 18 tahun, 17tahun dan 9tahun menangis cerita waktu malam hujan lebat. Mak berlari tadah air. Akhirnya tak boleh tadah. Setiap hari bila hujan begitu. Masing-masing menangis kasihan pada ibunya. Tapi mereka memang susah dari dulu. Kakak duduk asrama, kasihan ibu sekaranh duduk rumah. Sekolah banyak membantu juga di sekolah.

Dulu kakak ni kerja guard dan berhenti. Anak sulung baru kerja 2 bulan dapat rm800. Sekarang dah takde gaji takde duit musim PKP. Makan maggi kongsi adik beradik. Basah semuanya. Dah 2 tahun duduk begini.

Bila adik 9 tahun dan 17 tahun menangis. Hati saya jadi pilu sangat. Tengoklah atap tu. Tiada bilik. Tiada katil atau tilam. Hanya Allah yang tahu isi hati ini. Bagaimanalah ada keluarga hidup begini 2 tahun. Adik ni baik-baik semuanya. Besar nak jadi apa. Seorang tu nak jadi p0lis. Mereka bela ayam sedikit. Tapi musang makan ayam. Jadi tak kemana berniaga. Saya beli semua ayamnya dan anak ayam.

Adik ni sembunyi mesej saya tanpa pengetahuan mak nya. Dia diam-diam mesej. Kerana tak tahan waktu hujan lebat. Dan kadang rumah semua berlubang. Anak dara susah dan takut nak mandi dan buat apa-apa. Ya Allah tuhanku.

Doakan saya tengah cari rumah untuk mereka. Mereka menangis bila ajak pindah rumah. Doakan ye.

Dilemma dalam usaha membantu orang yang dalam kesusahan.

Kisah perkongsian Ust Ebit itu akhirnya menyebabkan kisah keluarga yang serba kekurangan itu mendapat perhatian masyarakat.

Namun begitu ia menimbulkan pula kisah lain yang menyentuh sensetiviti masyarakat tempatan disitu sehingga ada wakil penduduk terpaksa membuat penjelasan.

Penjelasan menurut mereka terpaksa diberikan melalui media sosial kerana terlalu ramai pihak yang mempertikaikan pihak pengurusan kampung dan penduduk asal kerana tidak melihat 1su kesusahan keluarga terbabit sehingga pihak luar pula yang datang bantu. Jom ikuti penjelasan tersebut :

RAMAI SAHABAT YANG MESEJ, PM, MENTION PASAL k3sDI TANJUNG LUMPUR..KENAPA SAYA TAK AMBIL CAKNA SEBELUM UEL DATANG? KENAPA TAK BANTU..?

Di sini saya ingin berkongsi sedikit perkara yang mungkin orang ramai terlepas pandang bila ada usaha membantu kesusahan yang membelenggu orang yang susah.. sebenarnya saya pun sudah berpindah sejak 2017 lagi ke Kampung Cherok Paloh. Tapi bukan itu alasan saya..

Jika anda terlibat dalam usaha kebajikan membantu orang yang susah ni, anda akan sepatutnya lebih tahu kaedah yang sesuai dalam membantu. Setiap tempat ada penduduk, ada wakil, ada penghulu, ada orang yang hampir sekitar situ.. sebelum terjah, adabnya…bertanya dahulu atau s1asat sedikit maklumat yang diterima berkaitan keluarga yang susah itu.

Mustahil jika ia kesusahan yang tulin dan masyarakat setempat tidak ambil peduli atau cakna..cuma mungkin diluar pengetahuan atau ada masalah dalam usaha nak membantu seperti peneempatan hrm, duduk atas tanah milik orang lain atau rumah yang memang dalam proses perobohan atas tanah kerajaan dll..secara beradabnya, dapatlah maklumat terlebih dahulu dari penduduk setempat tentang status tersebut.

Ada yang bertanya kenapa tak mampu nak sewakan rumah untuk mereka ker yang lebih baik? Ok, jika anda pernah terlibat kerja kebajikan..anda tidak akan bertanya soalan seperti itu.

Sebab kebiasaannya, dalam setempat kita ada senarai yang memang tegar menerima bantuan setiap bulan..macam kawasan sekecil kampung saya ada lebih kurang 34 buah rumah yang perlu dibantu. Ok, adakah adil jika saya hanya bantu sewakan rumah lain untuk mereka sekeluarga dan bagaimana dengan yang lain2 lagi?

Sebabai contoh kisah benar ni.. Saya ada satu keluarga yang saya bantu memang sengaja mencari susah di tempat yang jauh terpencil ini..maklumat asal saya terima 2018, seorang ibu tunggal 2 anak duduk di sebuah rumah usang terbiar..atap bocor dan rumah uzur sangat.

Saya pergi ziarah bersama team fisabilillah pahang. Kami bersangka baik dan kami agak pelik kenapa maklumat keluarga 3 beranak ini penduduk setempat tidak berapa tahu. Cuma mereka kata org luar…org baru duduk rumah terbiar tu..

ok, team kami pun ambik keputusan baiki rumah mereka duduk, salin atap dan selesa sikit. Kami bantu sekolah kan anak mereka dan tanggung belanja bulanan sebanyak RM500 dari fund kami sendiri.

2019, bulan 11 baru kami dapat info sebenar…anak itu anak angkat..dia hanya penjaga. Suami masih ada dan suaminya letakkan disitu untuk meraih smpati masyarakat setempat.

Dia isteri kedua atau ketiga..dan anak angkat itu adalah anak isteri lain..suami pula pakai duit yang kami support belanja bulanan mereka. Maklumat pun kami dapat dari sekolah..anak pakai handphone..kalau tak mampu…susah macam mana boleh ada handphone..? Selidik rupanya mereka bagi maklumat tak betul pada kami..

Kami jumpa dan nasihatkan kembali pada keluarga tersebut. Kami tanya kenapa tak balik kampung asal jer sebab duduk sini bukan kerja atau ada apa2 komitmen atau keluarga di sini..kita akan tanggung segala perbelanjaan balik negeri asal di pantai timur juga…tapi mereka balik dan datang kembali menagih simpati..dan kami hanya bagi bantuan berbentuk makanan sahaja sekarang..keprluan asas sahaja. Tiada lagi belanja bulanan..

Ada yang memang mengambil kesempatan untuk menagih simpati. Dan tidak dinafikan ada yang memang tulin susah. Tapi kebiasaannya yang tulin ni dia macam malu2 nak menerima atau meminta…

Ada juga yang mesej meminta bantuan…ibu tunggal…bila kita ziarah nak bantu..dia pulak cuba bom0hkan kita untuk nak jadikan kita sebahagian keluarga mereka. Tiba2 kita jadi binggung, lihat tua pun nampak macam muda…haha…magic kan…tapi alhamdulillah, Allah bantu selamatkan…

Ada k3syang kita lalui juga yang pernah diviralkan oleh orang luar yang tidak tahu menahu punca dan jalan cerita sebenar yang mana mak ayah adalah pnagih ddh tegar.

Kami bantu bertahun2 bermacam kaedah. Kesian kat anak2 mereka 6 orang.. mereka kena halau sebab per4ngai pngih mereka suka membuat k0tor di rumah sewa asal. Owner hal4u. Dia duduk kawasan kebun tanah milik orang, bina rumah hrm.

Kita kesian kita bantu bagi macam2.. bagi beras dia jual beras, bagi tong gas memasak, dia jual tong gas..bagi dapur dia jual dapur utk beli ddh. Kesian anak2 kecil lagi pun ada.. bila masuk orang luar yg baru bantu sikit dia pun vral tanpa dia tahu cerita..dia kata tak ada org bantu…hanya Allah dan penduduk sekitar yang tahu..

Nak pesan juga, kalau kita dapat sesuatu info, selidik dahulu dengan penduduk setempat. Itulah adabnya…

Menjawab sikit kepada pertanyaan pasal keluarga tu..kenapa dibiarkan mereka susah? Ok, macam ni..kawasan tu telah diwartakan kawasan pembangunan pelancongan dan semua penduduk asal telah dipindahkan ke FLAT PAK MAHAT sejak 2015 lagi kalau tak silap.

So kawasan tu memang terbiar rumah2 yang bakal dirobohkan bila2 masa..dan ada yang ambil kesempatan duduk secara hrm dan bukan Penduduk tempatan. Kekadang diluar pengetahuan penduduk setempat sebab kawasan telah terbiar.

Senang faham macam ni lah..awak ada rumah kat kampung, dah lama tinggal sebba kerja kat KL. Ada rumah baru..kat kampung tu rumah pusaka yang memang terbiar usang dah..atap bocor..lantai reput..tiba ada org duduk secara hrm. Ibu tunggal 8 anak. Awak tak tahu pun..dan kalau boleh ibu tunggl tu tak nak awak tahu dia duduk secara hrm situ..tiba2 UEL pergi bantu..kawan2 tahu itu rumah awok. Mereka mrah kat awak kenapa tak jaga kebajikan ibu tunggl tu..kenapa biar dia susah gitu.. so faham tak situasi dia?

Banyak lagi…kisah macam2…

Jagalah ADAB ketika ziarah…dapatkan maklumat dan info sahih sebelum terjah..risau nanti timbul f1tn4h pada penduduk setempat.

Bersasarkan apa yang dijelaskan, ternyata pandangan wakil penduduk kampung itu mempunyai asas. Sebagai orang asal disana, pastinya mereka lebih tahu situasi dan kisah jemaah masing-masing.

Jika ada pihak luar yang ingin membantu, sekurang-kurangnya ziarah dahulu wakil penduduk atau kariah masjid bagi mendapatkan gambaran yang sebenar.

Risau nanti keseluruhan penduduk kampung terasa hati akibat dipersalahkan wargamaya.

Dalam pada itu ramai juga yang bersetuju dengan pandangan wakil penduduk tersebut dan men1ngg4lkan komen.

“Pada pandangan sya , cara UEL kurang tepat.. die sepatutnya ambil maklumat yg Sahih dari Ketua kampung, pejabat Adun atau org2 kampung sebelum pergi bantu. Kalau UEL terus buat mcm ni, (terjah dan viralkan tanpa ada apa2 Maklumat) Ftnah akan terus tersebar (adakah UEL suka jadi asbab tersebar f1tn4h???.) UEL seorg yg baik dan suka bersangka baik, tetapi cara utk membantu perlu dibaiki supaya betul2 golongan sasar yg sepatutnya dapat akan dpt. Sbb tu perlu bekerjasama dgn dapatkan maklumat sahih dgn org2 yg berhampiran sebelum bantu”, tulis Izziey Kamal.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Majalah Utusan