“Saya Lihat Dini Dapat Jadi Ayah Yang Baik Kepada Anak-Anak”- Janna Nick Mula Mended4hkan Tentang Hubungannya Dengan Pelakon Berdarah Kacukan Itu…

Sedang hangat bercinta dengan pelakon berdarah kacukan, Dini Azan Schatzmann, Janna Nick mengakui sifat dan keperibadiannya juga mula berubah. Jika sebelum ini dia seorang yang kas4r, dia kini lebih lembut dan manja.

Janna berkata ciri yang ada pada Dini membuatkan dirinya terpikat pada jejaka tersebut. Meskipun masih terlalu awal berbicara tentang hal ini, namun Janna berkata Dini mempunyai ciri-ciri seorang ayah yang baik.

“Dalam hidup ini, apabila kita tahu kita mulai memandang sesuatu perhubungan itu dengan serius, kita akan mula mencari ciri-ciri yang boleh membantu kita membina keluarga dengan baik.

“Dini seorang yang lembut tetapi di sebalik kelembutan itu dia mempunyai sifat tegas yang saya lihat dapat menjadi seorang ayah yang baik kepada anak-anak. Mungkin terlalu awal tetapi itulah yang saya nampak dalam diri Dini,” katanya.

Menurut Janna, berbeza dengan lelaki lain, meskipun dibesarkan di luar negara namun Dini seorang anak emak dan sangat lembut apabila berkata-kata. Janna berkata, perwatakan yang berbeza membuatkan mereka saling melengkapi.

“Ramai berpendapat anak Mat Saleh biasanya lebih beb4s tetapi Dini lebih kepada mummy’s boy dan lembut kala berbicara. Dia hidup dalam prinsip sendiri dan itulah membuatkan dia disenangi.

“Kalau nak dibandingkan Dini dan saya, Dini adalah orang yang paling energetic, suka ketawa, suka menyanyi dan lebih gila-gila. Saya pula orang yang kurang bercakap. Sebab itu kami boleh sekepala,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Rotikaya