PASANGAN warga emas dari Kampung Titi Teras, Gurun yang tul4r di media sosial sejak semalam mengenai kedaifan mereka, menerima bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sejak tiga tahun lalu.
Perkara itu disahkan pegawai Zakat Daerah Yan, Kapten (B) Abdul Nasir Hasan yang ditemui ketika menjalankan usaha memindahkan Adam Harun, 94, dan isteri Siti Halijah Md Noor, 82, dari rumah asal mereka, hari ini.
Sebelum ini, pasangan berkenaan mendapat simpati masyarakat apabila beberapa gambar menunjukkan mereka tinggal di atas pelantar dalam keadaan serba d4if terseb4r di media sosial.
Difahamkan, pasangan itu tinggal bersama seorang anak perempuan mereka berusia 48 tahun yang mempunyai masalah kesihatan ment4l.
Abdul Nasir berkata, keluarga berkenaan menerima bantuan zakat sebanyak RM400 sebulan yang dihantar terus ke rumah mereka berikutan pasangan itu tidak mempunyai akaun bank.
“Kami sedia maklum keadaan keluarga ini dan saya pernah menghantar wang bantuan zakat kepada mereka.
“Memandangkan keadaan rumah kelihatan agak uzur, kami beberapa kali meminta kebenaran mereka untuk membina rumah baru, namun pasangan suami isteri ini tidak mahu berbuat demikian,” katanya.
Terdahulu, usaha memindahkan keluarga itu mendapat bantuan agensi lain termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Yan, Pejabat Daerah Yan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan p0lis.
Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Yan, Norashikin Idris berkata, pasangan terbabit kini dibawa ke h0sp1tal Yan manakala anak perempuan mereka dihantar ke h0sp1tal Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk pemeriksaan kesihatan.
Katanya, pihaknya akan memastikan keluarga itu ditempatkan di lokasi lain yang lebih baik dan mereka tidak akan dipisahkan.
“Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki dan difahamkan dia akan mengambil tanggungjawab menjaga ibu bapa serta adiknya.
“Selama ini anak lelakinya dikatakan memang sering ke sini bagi memujuk ibu dan ayahnya untuk berpindah, tapi ayahnya berkeras tak mahu,” katanya.
Dalam pada itu, anak saudara pasangan itu yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka, Nor Asiah Ahmad, 36, berkata keluarga itu tinggal di atas pelantar sejak 2017 selepas bapa saudaranya yang dipanggil Pak Ngah jatuh dari basikal ketika keluar menjual petai.
“Sebelum itu mereka tinggal di atas rumah macam biasa, tapi lepas Pak Ngah jatuh basikal, dia kata tak larat dah nak naik atas rumah dan lepas itu mereka sekeluarga terus menjalani kehidupan harian di pelenggar (pelantar) itu saja.
“Mereka tidak ada masalah kewangan, sebab itu selama ini pelbagai pihak yang tampil nak bantu tapi mereka tolak sebab mereka masih mempunyai wang simpanan,” katanya.
Katanya, berikutan itu, dia hanya mampu menghantar makanan dan membeli barangan keperluan buat keluarga berkenaan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Metro