Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu bahawa kebenaran untuk solat Jumaat dan solat berjemaah terawih ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal dibincangkan.
Menurutnya, semua kementerian bakal menyertai perbincangan bagi menentukan prosedur operasi standard (SOP) yang terperinci mengikut kementerian mereka.
Terbaru, Facebook rasmi Mufti Perlis, Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin berkongsi titah perutusan DYTM Tuanku Yang Dipertua MAIP berkaitan kebenaran berisyarat solat jumaat di negeri Perlis.
Perlis akan membenarkan Solat Jumaat didirikan secara BERSYARAT dalam mengimbangi antara menjaga nyawa dan menjaga syiar agama..
Sumber: Facebook DrMAZA.com
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : SiakapKeli