“Baik sangat-sangat, saya suka” – Suami ny4ris ‘dikeb4s’ pelanggan, peniaga pecat runnner kesayangan serta merta

PELBAGAI kisah suka duk4 turut melatari Ramadan tahun ini biarpun suasananya cukup berbeza gara-gara penul4ran C0vid-19 di seluruh dunia.

Selain kisah-kisah menyentuh jiwa yang menginsafkan ramai, netizen juga tidak terlepas berkongsi peristiwa yang menghiburkan sepanjang bulan mulia ini.

Di laman Facebook misalnya, seorang wanita dikenali sebagai Miesya Sakinah berkongsi kisah antara seorang pelanggan wanita dan suaminya.

Menurut Miesya yang menjalankan perniagaan makanan, dia bagaikan ‘ser1k’ untuk menyuruh suaminya menjadi runner penghantar tempahan gara-gara satu peristiwa pada 9 Ramadan.

Menerusi paparan skrin perbualan WhatsApp yang dikongsi, seorang pelanggan bertanya kepada Miesya mengenai runner yang menghantar makanan kepadanya.

“Assalam akak, akak saya nak nombor telefon runner yang hantar makanan kat saya semalam boleh tak? Yang naik motor Y15.

Menurut Miesya, suaminya menjadi runner perniagaan makanan yang diusahakannya,

“Bagus runner akak, boleh bert0lak ansur. Baik sangat-sangat, saya suka,” ujar wanita itu.

Dalam jawapan balasnya, Miesya memberitahu isteri runner itu pastinya tidak boleh bertolak ansur untuk nombor telefon lelaki itu diberi tanpa izin, tetapi dia tidak mendedahkan runner tersebut merupakan suaminya.

“Biarlah isteri dia tu, tak kisahlah. Eh-eh tu husband akak ke? Maaf akak. Sorry ampun, patutlah baik macam akak,” jawab wanita itu setelah dia tersedar mengenai status Miesya.

 

Hati-hati korang yang suruh laki jadi runner tu. Akak dah serik. Hahahaha. Kesian runner peribadiku diberhentikan kerja serta merta oleh majikannya.

MIESYA SAKINAH

PENIAGA MAKANAN

Menganggap ia sebagai satu kejadian menghiburkan, Miesya memberitahu dia berk0ngsi paparan skrin WhatsApp itu atas kebenaran pelanggan berkenaan.

Kata Miesya lagi secara berselor0h dalam posting di Facebook, suaminya kini diberhentikan kerja serta merta sebagai runner peribadinya.

“Hati-hati korang yang suruh laki jadi runner tu. Akak dah ser1k. Hahahaha. Kesian runner peribadiku diberhentikan kerja serta merta oleh majikannya,” tulis Miesya.

Paparan skrin perbualan WhatsApp Miesya bersama pelanggannya.

Posting itu sehingga kini menerima lebih 8,300 komen dan dikongsi lebih 25,000 pelayar Facebook.

Rata-rata netizen mengakui terh1bur dan turut men1ngg4lkan pelbagai komen menerusi posting berkenaan.

“Macam ni pun ada kan? Mesti seronok jadi runner.

Antara makanan dijual wanita itu.

“Bahaya macam ni. Tak mahu lah suruh laki jadi runner lepas ni. Jika suruh jadi pun saya ikut sekali.

“Rupanya diberhentikan kerja oleh isteri sendiri supaya tak boleh jadi runner lagi. Adoi suspen je,” tulis beberapa netizen.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar