Jangan Jadikan Ib4dat Sebagai Bahan Jenaka’ – Tegur4n Trend V1ralkan Vide0 Solat

Bagi pasangan suami isteri yang mempunyai seorang anak kecil, pasti pernah merasai situasi dimana anak anda mengg4nggu solat anda dengan pelbagai cara. Bahkan boleh menyebabkan solat terhenti seperti yang viral baru-baru ini apabila seorang cucu masuk ke dalam kain atuknya ketika sedang solat.

Namun, tahukah anda perbuatan itu boleh menjadi kesalahan besar kerana ianya dijadikan bahan jenaka. Menurut ustaz Nik Nizam Nasir perbuatan tersebut seolah-olah dilihat mempersend4kan agama.

Ibadat bukan bahan jenaka

(sekadar gambar hiasan)

Teguran bagi sesiapa yang mengviralkan/share video lucu berkenaan solat. Akhir akhir ini banyak vid3o diviralkan berkenaan dengan solat dib4talkan tanpa ada apa unsur syarie. Yang menjadi permasalahannya kita turut share dan ketawa dengan jenaka tersebut. Adakah solat boleh dibuat gurauan, bahan ketawa /jenaka atau sendaan? Walaupun tujuan asal kita bukan niat nak persendakan agama tapi bila share dan menjadikan ianya satu bahan jenaka, ia memang menjadi satu kesalahan yang sangat besar.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan al-Quran supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia usahakan (dari perbuatan burvk dan keji).

Antara perkara yang dianggap mempersendakan agama ialah mempermainkan dan mempersendakan ajaran Islam sama ada melalui lisan atau perbuatan, memperkecilkan tuntutan agama atau menjadikan sesuatu ibadat terutamanya bab SOLAT sebagai satu bahan jenaka. Sepatutnya kita tidak akan berkongsi/ share video seumpama itu. Seharusnya seorang Muslim menjauhkan diri dari perbuatan mempersendakan agama atau menjadikan solat sebagai satu bahan jenaka.

H4ram batalkan solat dengan sengaja

(sekadar gambar hiasan)

Apakah hvkum memberhentikan solat dengan sengaja? Perbahasan mengenai membatalkan Ibadah ( khusnya solat) dengan sengaja, Ulamak membezakan antara solat ( ibadah ) fardhu dan solat ( ibadah ) sunat. Secara amnya, bagi solat fardhu , ulamak mengatakan tidak boleh kita memberhentikan solat tanpa ada uzur syarie. Dalilnya firman Allah swt: “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul Dan janganlah kamu membatalkan amalan-amalan kamu.

Dari ayat diatas, ulamak mengatakan haram hukvmnya jika kita sengaja membatalkan solat tanpa ada alasan yg kukuh. Imam anNawawi rahimahullah didalam kitabnya al majmuk ada menyatakan,

‘Jika seseorang mengerjakan solat di awal waktunya, haram bagi dirinya membatalkan solat tersebut dengan sengaja tanpa uzur syar’i, meskipun waktu kesempatan untuk melaksanakannya masih panjang.” (Majmu’ Syarh al-muhadzab, Imam an-Nawawi,)

Begitu juga didalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyebut bahawa: “Membatalkan ibadah yang wajib setelah datang waktu syariat memulakannya tanpa uzur syar’i adalah dilarang berdasar kesepakatan ulama.” (Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 34/51, versi al-Maktabah asy-Syamilah)

Apakah uzur syarie yg boleh membatalkan solat?

Dalam hal ini Syeikh Muhammad Shalih al-Munajjid Fakkallahu asrah menjelaskan, diantara uzur syarie yang boleh diambil kira dalam permasaalahan ini ialah:

1. Takut kehilangan nyawa, baik karena sebab ancaman ser4ngan musuh, ser4ngan binatang buas.

2. Takut kehilangan harta.

3. Ada orang yang memmerlvk4n pertolongan darurat dimana tidak ada orang lain yang dapat menolongnya. ( hal ini pernah saya huraikan dlm artikel yg lepas)

Netizen tak perlu viralkan

(sekadar gambar hiasan)

Solat adalah salah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Oleh itu jika seseorang sedang menunaikan solat fardhu, maka ia tidak boleh membatalkannya kecuali jika terdapat hal d4rurat seperti menyelamatkan ny4wa yang berada di dalam bahaya atau harta benda yang berharga.

Ini kerana membatalkan ibadah tanpa sebab yang diizinkan oleh sy4rak adalah satu perbuatan yang sia-sia dan bersalahan dengan kehormatan solat. Adapun, jika ia melibatkan solat sunat, maka dia boleh menghentikan solatnya, itu pun hanya untuk perkara-perkara yang penting sahaja. Apa yg penting ialah netizen tak perlulah mengviralkan hal tersebut, share dan sebagainya supaya kita dapat menjaga kehormatan solat dan tidak mempermain-mainkan ibadah.

Sumber : Nik Nizam Nasir

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ohbulan