Pengurus Jen4zah Menangis Ikat Tali K4fan, Tengok Wajah Allahyrham Dato’ Ismail Kamus Macam Orang Tidur!

Tanggal 15 Ramadan 1441H bersamaan hari Jumaat, 8 Mei 2020, negara kita kehilangan seorang lagi pend4kwah terkenal, Tuan Guru Dato’ Haji Ismail Bin Haji Kamus.

Mendapat perkhabaran Dato’ Ustaz Ismail Kamus telah meningg4l dunia tengah malam tadi. Kali terakhir bertemu, beliau sudah vzur, butiran dari mulutnya sudah tidak berapa jelas.

Namun beliau tetap hadir menyampaikan kuliah, memberi nasihat dan menyampaikan ilmu di atas kerusi rodanya. Allahu Akbar! 

Pem3rgiannya suatu kehilangan besar buat umat Islam Malaysia

Allahyrham dis4hkan kembali ke rahm4tullah pada jam 12.30 pagi di kediamannya di Ampang pada usia 72 tahun.

Beliau yang juga Pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), h0sp1tal Kuala Lumpur akibat ser4ngan j4ntung dan str0k ringan, serta j4ngkitan kuman di paru-paru.


Unit Amal Malaysia gigih mengawal dan melancarkan pergerakan pengunjung yang datang menzi4rahi jen4zah

Suasana pengurusan jen4zah sebentar tadi dikawal ket4t mengikut SOP pencegahan c0v1d-19

Berkongsi pengalaman sebagai orang terakhir yang menguruskan jen4zah di Masjid As-Sobirin, Keramat AU5 jam 9 pagi tadi, Ustaz Rafie Zainal mengaku sukar menahan seb4k sepanjang upacara memandikan dan meng4fankan Allahyrham.

“Hari ini cuaca mendung sahaja dari pagi tadi. Kami tiba di Masjid As-Sobirin pada pukul 8.45 pagi dan selang beberapa minit jen4zah Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus pun tiba dari kediamannya.

Alhamdulillah, saya rasa cukup bertuah kerana di hari Jumaat tanggal 15 Ramadan yang mulia ini saya diberi peluang untuk mengetuai pengurusan jen4zah Tuan Guru.

Jen4zahnya cukup lembut dan mudah diuruskan. Wajahnya tenang bagaikan sedang tidur. Anak-anak serta cucu-cucu arwh juga turut hadir membantu memandikan jen4zahnya.

Saya bersama Skuad Pengurusan jen4zah Malaysia (SPJM) Muhamad Zaid dan Mohd Nasir turut dibantu oleh ahli jawatankuasa Masjid As-Sobirin yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamad (gambar) yang merupakan pengurus jen4zah di masjid tersebut. Beliau sempat berkongsi pengalamannya bersama kami.

Tuan Haji Mohamad dan Ustaz Rafie Zainal

Suasana di bilik mandi jen4zah cukup mengh1bakan. Terdengar esak tangis di setiap ruang bilik mandi tersebut.

Setelah semua ahli keluarga dan sahabat terdekat diberi peluang menatap wajah jen4zah dan mencivmnya buat kali terakhir, saya mengambil kesempatan untuk menjadi orang yang terakhir mencivmnya sebelum menutup wajah arwh.

Saat menutup wajah arwh, perasaan seb4k sukar untuk dikawal. Saya menangis dan tidak dapat mengikat tali kafan di bahagian kepala arwh.

Ketika itu semua yang hadir mengalirkan air mata. Suasana bagaikan terhenti seketika.

Alhamdulillah, Haji Mohamad datang membantu saya untuk mengikat tali kafan di kepala arwh.

Perasaan sebegini jarang saya alami pada setiap kali menguruskan jen4zah. Mungkin kerana saya membesar dengan mendengar tazkirah dan ceramah arwh terutamanya dalam program Forum Perdana Hal Ehwal Islam suatu ketika dahulu.

Maka hati dan perasaan itu terasa begitu dekat dengannya walaupun sepanjang hayatnya saya pernah berhadapan dengan arwh hanya sekali sahaja itupun dalam sebuah majlis ceramah di masjid. Jasa beliau dalam dunia d4kwah di dalam dan di luar negara cukup besar.

Alhamdulillah, saya bersyukur dan rasa sungguh bertuah kerana diberi amanah untuk menguruskan jen4zah yang mulia ini.

Allahyrham sewaktu muda

Terima kasih kepada Dato’ Tuan Asmawi Voiceover selaku Penasihat Media & Korporat SPJM yang mengenalkan SPJM kepada pihak waris.

Terima kasih juga kepada pihak Masjid As-Sobirin, Jabatan Amal Malaysia, PDRM dan semua pihak yang terlibat dalam membantu menyempurnakan urusan jen4zah arwh sebentar tadi.

Semoga r0h Allahyrham Dato’ Ismail Kamus ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Selamat beristirahat Tuan Guru..” akhiri Ustaz Rafie dalam satu hantaran di Instagram.

Pemerg1an para ulama dalam husnul khotimah

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Nona