Puasa ajar Han Byul bersabar

KUALA LUMPUR :Pengalaman berpuasa menghadiahkan ilmu baharu buat juara musim kedua program realiti, Big Stage, Jang Han Byul.

Akui Han Byul, selain mendidik diri menjadi penyabar, amalan berpuasa mengajarnya mengenali agama Islam, budaya dan sikap toleransi.

“Walaupun sedikit keletihan kerana tidak biasa, tapi saya teruja dapat menyempurnakan puasa.

“Orang Korea mana pernah berpuasa dalam tempoh yang panjang seperti yang saya lakukan ini.

“Apabila saya berpuasa, secara tidak langsung, saya belajar mengenali agama Islam, iaitu agama terbesar di Malaysia. Ini dapat menambahkan lagi kefahaman saya mengenai Islam.

“Kepada mereka yang mahu mengenali Islam dan budayanya, bolehlah cuba belajar berpuasa… Sangat dialu-alvk4n,” katanya kepada BH Online.

Pengalamannya itu turut dikongsi penyanyi lvk4 dan Bahagia ini menerusi program The Cuba Show Edisi Puasa untuk siaran Astro.

Sementara itu, Han Byul yang pulang Korea Selatan, menghitung hari untuk kembali menemui peminat di Malaysia.

“Saya sempat pulang ke Korea Selatan, Mac lalu dan sangat rinduk4n Malaysia.

“Walaupun tiada di Malaysia, namun kerjaya seni saya seperti biasa seperti rakaman untuk program hiburan dan temubual dalam bentuk video.

“Keadaan di negara saya semakin stabil dan tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Namun, saya lebih selesa duduk di rumah. Cari idea untuk menghasilkan lagu baharu dan belajar Bahasa Melayu.

“Saya harap keadaan akan pulih dan dapat segera pulang ke Malaysia,” ujar penyanyi berusia 29 tahun ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online