Ada Orang Bantu Ogy Settle Hut4ng, Sekali Khir bagi nasihat pedas

PELAKON terkenal, Fauziah Ahmad Daud tidak menjangka mendapat pertolongan daripada seorang individu bagi mempromosi dan menjayakan kempen menjual produk pes kari, Ogy’s Curry Paste.

Menurut Fauziah yang mesra disapa Ogy, khidmat yang ditawarkan individu yang dikenali sebagai Khairul Hakimin Muhammad itu bertujuan untuk membantu melangsaikan hvtang kepada pelakon dan kru Teater Korvpsi Dewan Semandung.

“Tidak menjangka Allah hantarkan Khairul. Dia mesej peribadi (DM) di Instagram dan mencadangkan pada saya buat kempen ini.

“Macam saya cakap sebelum ini, saya yakin Allah akan tolong dan Allah hantar dia. Saya juga mendapat doa orang ramai sejak isu ini tular.

“Ramai DM dan doakan saya termasuk rakan artis yang sudi promosi. Saya syukur sangat. Menerusi kempen ini, hasil jualan dapatlah saya menyelesaikan hvtang mereka yang terbabit,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Khairul yang juga penulis buku motivasi berkata, khidmat ditawarkan secara percuma semata-mata untuk membantu Ogy melangsaikan hvtang.

“Saya tengok Kak Ogy berusaha sangat memasak setiap hari, jadi saya fikir kena bantu dari segi pemasaran.

“Kebetulan saya ada ejen yang menjual beberapa produk saya. Jadi, saya gunakan mereka untuk buat hebahan.

“Apabila saya maklumkan pada Kak Ogy mengenai kempen ini, dia bersetuju. Kami tak ambil sesen pun komisen atau apa pun bayaran. Niat memang nak membantu,” katanya.

Menurut Khairul, biarpun tidak pernah berjumpa atau bekerjasama dengan pelakon filem Pusaka itu, dia tampil membantu kerana mengenang jasa Ogy dalam industri hiburan tanah air.

“Saya hanya rasa nak bantu sebab Kak Ogy banyak bantu saya secara tak langsung. Saya mahu balas budi saja. Sebenarnya, saya banyak kali gunakan Kak Ogy sebagai contoh dalam kelas ‘storytelling’ yang saya pergi ke luar negara. Setiap kali tugasan diberi untuk lakonan, saya akan pilih babak lakonannya.

“Pendek kata, Kak Ogy banyak berjasa dalam industri. Saya fikir walau dia tak kenal saya, saya bantu saja. Jadi, apabila terbaca kes ramai tidak dapat bayaran dalam teater itu, saya pun beranikan diri DM Kak Ogy,” katanya.

Khairul tidak menafikan mendapat krit1ikan dan komen negati1f segelinti pihak atas inisiatif dibuat.

“Ada yang sudah mula bi1sing, tapi saya positif saja. Saya hanya balas, saya hanya nak bantu Kak Ogy. Mana yang bersama saya, alhamdulillah. Bagi yang tidak, saya tak p4ksa,” katanya.

Kempen jualan itu berbentuk pes kari seberat 400 gram dengan harga RM28 tidak termasuk kos pos.

Harap pihak bantu Kak Ogy itu ikhlas’ – Khir

PENGARAH teater Korupsi Dewan Semandung, Khir Rahman menyambut baik inisiatif dilakukan segelintir pihak yang ingin membantu penerbit, Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy mengumpulkan kewangan bagi melunaskan bayaran tertvnggak.

Khir, 47 dihubungi berkata dia melihat perkara itu sebagai kelebihan kepada golongan selebriti dikenali apabila ada pihak mungkin pada kalangan peminat setia dan fanat1ik sudi tampil membantu.

“Saya bersangka baik saja dan berharap pihak berkenaan ikhlas tampil mahu membantu kak Ogy menyelesaikan kemelut hut4ng yang berlaku. Inilah namanya rahmat dan nikmat buat kak Ogy dalam berhadapan ujian ini.

“Apa yang pasti, selepas cerita bayaran ini hangat di media kak Ogy memang ada usaha untuk menyelesaikannya. Dua hari lalu, ada surat daripada peguamnya yang dihantar.

“Kak Ogy kini giat mengumpul kewangan untuk menyelesaikan tuntutan bayaran kepada semua pelakon dan kru produksi teater yang dijangka mahu dilunas sebelum sambutan Aidilfitri ini,’ katanya kepada Harian Metro.

Menurut Khir, ini bukan pengalaman pertamanya berdepan isu tidak dibayar selepas hasil kerja disiapkan. Ujarnya, sudah banyak kali teater yang dijayakan tidak mendapat bayaran.

“Berdasarkan pengalaman tak dapat bayaran yang lalu, saya hanya diamkan diri kerana bukan cara nak bergadvh dengan orang untuk menuntut wang milik kita.

“Tapi, sekarang saya bersuara kerana tanggungjawab sebagai pengarah. Apatah lagi, kebanyakan pelakon yang terbabit untuk teater itu sanggup buat pun kerana kayakinan pada saya,” katanya.

Ditanya mungkin juga disebabkan penul4ran pandemik Cov1id- 19 dalam negara ketika ini menjadi sebab kewangan terjejas, Khir berkata dahulu tak ada kemunculan w4bak pun, tetap sahaja penerbit lari dan tidak lunaskan bayaran.

Apapun, katanya dengan isu bayaran tertunggak teater Korupsi Dewan Semandung ini akan membuka mata kepada golongan penerbit dan memberi pengajaran supaya tidak lari daripada menulaskan hvtang

Teater Korupsi Dewan Semandung dipentaskan di Istana Budaya (IB) pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu dengan barisan pelakon seperti Joey Daud, Tauke Jambu, Mark Adam, Syura Badron, Douglas Lim, Man Raja Lawak, Che Mat Raja Lawak dan ramai lagi.

Berikut reaksi netizan

” itulah masa haritu bukan main hent4m netizen..kifarah ade utk org2 s0mb0ng mcmni”

” Bulan puasa ni baik lah didik diri jaga mulut jaga akhlak. Jangan orang lemp4r ta4hi kita pun nak ikut sama. Kalau macam tu apa kelebihan umat Islam dengan Nabi Muhammad yang dilantik jadi rasul kalau kita tak mau contohi sifat baginda?

Dia dah buat salah ada la bahagian untuk dia. Ni kita ikut mengata pula nanti ada juga bahagian untuk kita.

Hari ini orang susah kita bantu orang, esok kita susah orang pula bantu kita.”

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : TS