Syamel sambut Syawal tanpa nenek

KUALA LUMPUR: Ramadan lalu, Syamel kehilangan datuk apabila insan tersayang itu pergi menyahut seruan Ilahi, kali ini, nenek pula menghembuskan nafas terakhir pada bulan mulia.

Berkongsi berita sed1h itu, Syamel memberitahu, neneknya, Renah Ibrahim, 76, men1ngg4l dunia di sini, petang kelmarin.

Bercerita kenangan dengan arw4h, Syamel terkilan tidak dapat membawa nenek mengerjakan umrah bersama keluarga, Februari lalu.

Reda dengan ketentuan itu, Syamel atau nama penuh, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, bersyukur dapat bersama dengan nenek yang dipanggil, Wan, sehingga ke penghujung usianya.

“Sepatutnya, Wan ikut kami sekeluarga menunaikan umrah. Namun, hasrat itu tidak terlaksana selepas doktor tidak membenarkan arw4h pergi disebabkan kesihatannya yang tidak mengizinkan.

“arw4h adalah ibu kepada ayah. Kami rapat kerana arw4hlah yang menjaga saya ketika kecil.

“Pulang dari mengerjakan umrah, saya jaga Wan. Biarpun saat Wan menghembuskan nafas terakhir, saya tiada di sini, tapi saya puas hati dapat berbakti kepadanya,” katanya kepada BH Online.

jen4zah allahy4rh4m neneknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, Cheras, pagi semalam.

Syamel yang baru muncul dengan single Wira Di Hati mengaku Syawal kali ini tidak semeriah dahulu.

“arw4h datuk juga men1ngg4l pada bulan puasa tahun lalu. Tidak sangka Wan pula menyusul.

“Kalau diikutkan, memanglah sed1h. Tetapi apabila mengenangkan mereka dijemput Ilahi pada bulan mulia, rasa tenang di hati.

“Nampaknya, tahun ini, saya menyambut Aidilfitri tanpa Wan. Sayu rasanya kerana selama ini, kami berkumpul di rumah Wan di Bandar Tun Razak, Cheras,” katanya,

Sementara itu, Syamel berkata, dia baru keluar rumah selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), dikuatkuasakan.

“Sepanjang PKP, saya tak berani keluar. Semua urusan kerja dibuat di rumah. Cuma sekarang saya keluar tetapi masih berjaga-jaga,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online