Ustaz Kazim s4kit- dibawa ke unit kecem4san untuk membuat pemeriksaan kesihatan

IPOH: Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim ketika ini berada dalam keadaan kurang sihat.

Pembantu Peribadinya ketika dihubungi berkata, penceramah itu dibawa ke unit kecem4san h0sp1tal Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini 2.30 petang semalam untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

“Ustaz sekarang s4kit dan kurang sihat, jadi kami membawanya ke h0sp1tal semalam dan ustaz sudah dibenarkan pulang ke rumah.

“Selepas balik ke rumah ustaz mengadu masih lagi berasa s4kit pada bahagian belakang dan perutnya juga mengembung,” katanya.

Menurutnya, doktor yang membuat pemeriksaan sudah memberikan ubat dan memaklumkan bahawa keadaan kesihatannya dalam keadaan baik.

“Kami membawanya juga ke h0sp1tal semalam kerana bimbang ada batu karang, tetapi doktor kata tiada dan semuanya elok.

“Tetapi yang kami hairan ustaz tetap mengadu berasa terlalu s4kit pada bahagian belakang,” katanya.

Katanya, pihaknya akan memaklumkan kepada semua daripada semasa ke semasa berkenaan tahap kesihatan Mohd Kazim.

Terdahulu, Mohd Kazim dalam laman media sosial akaun Facebook miliknya memuat naik status berkenaan tahap kesihatannya yang agak merosot sejak kebelakangan ini.

Di dalam hantaran berkenaan beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua sahabat yang memberikannya nasihat dan petua.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online