Pelanggan bawa anak kecil ‘shopping’ baju raya di Jakel cetus kerisauan

Minggu lepas kecoh mengenai keadaan pembukaan hari pertama sebuah gedung pakaian terkenal, Jakel selepas dua bulan penutupan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rakyat Malaysia memang boikot habis-habisan Jakel selepas isu adik kepada Pengurus Besar Jakel, Datuk Mohamed Faroz Jakel menghina orang Melayu.

Lihatlah keadaan Jakel, kosong dan tidak menerima kunjungan ramai seperti selalu. Padahal, lebih kurang lagi dua minggu saja lagi nak menyambut sambutan Hari Raya.

Masuk minggu kedua, lain pula jadi apabila beberapa keping gambar tular di media sosial yang menunjukkan sudah ada pengunjung yang mula mengunjungi Jakel.

Nampaknya, ada sesetengah rakyat Malaysia gagal menahan nafsu walaupun tahun ini kerajaan sudah memaklumkan perayaan Aidilfitri tidak meriah seperti tahun lalu.

Lebih mengejutkan lagi, pengunjung membawa kanak-kanak masuk ke dalam premis seperti tiada arahan dikeluarkan mengenai larangan membawa anak ke premis atau mana-mana pasar raya.

Apa yang terjadi sekarang ni, kita tak boleh salahkan sebelah pihak saja. Apa yang patut dipersoalkan adalah sama ada pihak JAKEL tidak mematuhi SOP sehingga membenarkan budak kecil masuk ke dalam premis atau orang Melayu kita yang cerdik membawa anak mereka pergi keluar berjalan? Fikirkanlah.

Kita masih belum menang.

Sumber: Donna

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese