“KITA bukan nak kec4m cuma nak betulkan keadaan yang mana netizen sudah salah tafsir seolah kami di sini tidak cakna pada kebajikan setempat”
Demikian kata Pengerusi Kelab Kebajikan Sosial Pahang atau lebih dikenali sebagai Fisabilillah Pahang, Razak Zain berhubung satu perkongsiannya di Facebook yang ‘menegur’ pendekatan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew dalam menghulurkan bantuan kepada penduduk tempatan
Tegvran itu disuarakannya selepas kisah pendakwah tersebut yang turun padang membantu sebuah keluarga daif di Tanjung Lumpur, Kuantan, minggu lalu menjadi viral di media sosial.
Menurut Razak, pendakwah tersebut seharusnya menyelidik latar belakang sesebuah keluarga yang ingin dibantu dengan merujuk kepada wakil penduduk di kawasan berkenaan terlebih dahulu.
Disebabkan pendekatan ‘terj4h’ tersebut dikongsi di media sosial sehingga tular, ujar Razak, segelintir netizen mula mempersoalkan peranan pihak berwajib yang seolah-olah tidak cakna dengan kesusahan penduduk sekitar.
Notis pemberitahuan yang baru dipacak meminta penduduk yang menduduki tanah kerajaan untuk berpindah dalam masa 14 hari.
Malah dakwanya, apa yang lebih sulit adalah pendekatan tersebut turut memberi kesan yang lebih besar, sebagaimana isu yang berlaku selepas pendakwah itu membantu keluarga di Tanjung Lumpur itu.
Menurut Razak, kini penduduk di kawasan sekitar yang menduduki secara har4m di tanah pembangunan tersebut telah diarahkan untuk berpindah dalam masa dua minggu.
Siapa yang tidak suka kepada kerja kebajikan nak bantu orang susah kan? Tapi biarlah beradab dengan mendapatkan info sebenar dahulu.
RAZAK ZAIN
PENGERUSI KELAB KEBAJIKAN SOSIAL PAHANG
“Semua penduduk sekitar yang masih duduk di tanah kerajaan seramai 39 keluarga diarahkan pindah dalam masa dua minggu.
“(Papan tanda) dipacak dan diberikan notis secara bersurat. Kami sangat alvk4n bantuan kerja amal serta kebajikan.
“Siapa yang tidak suka kepada kerja kebajikan nak bantu orang susah kan? Tapi biarlah beradab dengan mendapatkan info sebenar dahulu.
“Sekarang lihatlah kesannya, tempiasnya semua keluarga yang masih tinggal di tanah kerajaan telah diberi notis kosongkan tempat tersebut. Sebab kerajaan negeri juga terkena tempiasnya,” ujarnya kepada mStar.
Ustaz Ebit bersama sebuah keluarga daif yang dibantunya ketika turun padang di Tanjung Lumpur, minggu lalu.
mStar sebelum ini menyiarkan penjelasan yang dibuat oleh Razak berhubung perkara tersebut selepas pihaknya serta pihak berwajib mendapat kec4man netizen kerana disifatkan tidak cakna dengan isu penduduk setempat.
Sementara itu, dalam perkongsian terbaharu mengenai isu tersebut, Razak memaklumkan bahawa perkara berbangkit mengenai isu tersebut sudahpun diselesaikan selepas pendakwah berkenaan menemui wakil rakyat Tanjung Lumpur baru-baru ini.
Posting terbaharu yang dimuat naik oleh Razak mengenai perkembangan isu membabitkan Ustaz Ebit Lew.
“Ustaz Ebit Lew (UEL) mengaku kesilapan tersebut sebab tidak bertanya terlebih dahulu dan telah berjumpa dengan wakil rakyat Tanjung Lumpur.
“Beliau akan cuba perkemaskan SOP mereka untuk akan datang dan kami menghargai serta mengalvk4n. Jadi kita tutup isu ni dan kita jalan terus sama-sama membantu dengan lebih harmoni tanpa kontroversi,” tulisnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar