Pelakon Nina Iskandar berpendapat tahun ini tidak ada sambutan Hari Raya Aidilfitri memandangkan w4b4k c0v1d-19 masih belum berakhir.
Nina memberitahu perkara itu ketika menjawab soalan peminat yang bertanyakan mengenai warna baju raya anak lelakinya, Muhammad Aaryan ar-Rizqin.
“Baby Riz punya baju raya warna apa hihi,” tanya seorang pengikut di Ask Me Questions.
“Tidak ada raya tahun ini kan. Dunia pun belum pulih dari c0v1d-19 namun orang masih menganggapnya ringan dan masih nak beraya macam tiada apa. Saya tidak faham,” jawab Nina.
Walau bagaimanapun, jawapan yang diberikan itu dianggap mempunyai unsur kemarahan oleh salah seorang netizen.
“Saya tidak faham kenapa awak nak jawab soalan macam marah bila orang tanya baju Riz warna apa raya, adoi,” tulisnya.
Nina tidak mendiamkan diri lantas menjawab.
“Saya rasa awak tidak faham,” jawab Nina.
Terdahulu, Nina dan suaminya penolong pengarah drama, Mohd Azlan Adzanan mendirikan rumah tangga pada April 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang anak yang dilahirkan pada 23 Disember tahun lalu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak