Bulan Syawal sudah pun hampir tiba. Sudah pasti ramai masyarakat muslim di Negara kita tidak mahu ketinggalan dalam membuat persiapan raya. Sudah pun menjadi tuntutan dalam membeli persalinan baru untuk ahli keluarga dalam meraikan hari kemenangan tersebut.
Saban tahun, pusat komersil seksyen 7, Shah Alam akan menjadi tumpuan orang ramai. Di situ lah berdirinya banyak gedung dan juga butik pakaian yang menawarkan harga murah buat pelanggan.
Antara yang sentiasa menjadi pilihan ramai adalah gedung Jakel yang sering menawarkan harga “happy hour” kepada pelanggan mereka.
KHEMAH JAKEL DIROBOHKAN MBSA
Sudah jatuh ditimpa pula tangga. Nama Jakel seakan tidak kering di bibir masyarakat. Kisah mereka dan bangsa melayu masih lagi segar diingatan namun timbul pula isu baru yang mengh4ntui mereka.
Hangat diperkatakan di media sosial apabila beberapa jam yang lalu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah merobohkan khemah besar milik Jakel yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam.
GUNA SUMBER ELEKTRIK TANPA KEBENARAN
Perkara tersebut dikongsikan sendiri MBSA menerusi laman Facebook mereka yang dipercayai pihak Jakel mendirikan khemah tersebut tanpa kebenaran yang sah. Tak cukup dengan itu, mereka juga telah menggunakan kuasa elektrik juga tanpa kebenaran.
Difahamkan pihak Jakel telah membina struktur bekalan elektrik yang tidak mengikut spesifikasi. Sekali gus boleh mengundang perkara yang tidak diingini.
Sehingga artikel ini ditulis, pihak Jakel masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berhubung perkara yang menimpa mereka.
RAMAI PERTIKAI KENAPA BARU HARI INI DIAMBIL TINDAKAN
Melihat kepada reaksi warganet, mereka bersetuju dengan tindakan MBSA yang tegas melaksanakan tugas tanpa mengira pangkat. Walau bagaimanapun, mereka ada mempersoalkan kenapa baru hari ini tindakan tersebut dibuat.
Walhal khemah besar Jakel sudah pun bertahun-tahun didirikan di kawasan berkenaan dan langsung tiada tindakan dari pihak berkuasa selama ini.
Kesimpulannya, semoga pihak berkuasa lebih tegas dalam isu-isu sebegini agar tidak timbul isu pilih kasih. Kebanyakan kisah premis yang dirobohkan adalah daripada mereka yang menjaja di tepi jalan.
Dengan kejadian ini memberi peringatan kepada mana-mana usahawan agar patuh dalam setiap peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :