Ramadan tanpa Adib, ibu bapa luah rasa rindu yang teramat sangat

TANGGAL 17 Mei ini genaplah lima bulan pemergian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Tempoh lima bulan pemergian Adib, 25 tahun, yang men1ngg4l dunia akibat keced3raan ketika rusvhan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya bermula 26 November lalu dirasakan seperti baru semalam berlaku.

Siapa sangka tanggal 27 November adalah hari terakhir dia menunaikan tugasnya sebagai anggota bomba sebelum berjuang untuk hidup akibat kecederaan sehingga menghembus nafas terakhir pada 17 Disember 2018.

Bagi bapa anggota bomba itu, Mohd Kassim Ab Rahim masih mengakui pemergian Adib itu sesuatu yang mengejutkan dan tidak mudah diterima.

Namun sebagai manusia, warga emas berusia 64 tahun ini percaya segalanya telah tertulis dan perlu reda.

Ibu bapa masih terasa sunyi kehilangan Adib

Mohd Kassim dilihat sebagai seorang bapa yang tabah, cuba menyembunyikan kesed1hannya itu di sebalik ketenangan raut wajahnya.

Namun jauh di sudut hatinya, Mohd Kassim mengakui masih terasa sunyi selepas kehilangan Adib yang merupakan anak ketiga daripada lima orang adik beradik.

Tahun ini juga pertama kali Ramadan disambut tanpa kelibat Adib yang sebelum ini akan pulang sesekali berbuka puasa bersama keluarga.

“Masih rasa sunyi. Tetapi kena redalah.

“Banyak perkara seperti rasa lain. Bulan puasa sebelum ini, kalau balik dia suka makan macam-macam,” luahnya kepada mStar.

Hal sama dilalui ibu allahy4rh4m Adib, Asma Aziz, 52, yang masih belum bersedia untuk berkongsi mengenai kisah anaknya itu.

“Masih sed1h,” katanya ringkas apabila diajukan soalan mengenai anak lelakinya itu.

Kem4tian Adib masih mendapat perhatian seluruh masyarakat lebih-lebih prosiding inkues menentukan penyebab kem4tiannya masih berlangsung.

Untuk rekod, allahy4rh4m Adib merancang untuk mendirikan mendirikan rumah tangga bersama tunangnya, Nurul Najihah Radzi pada 22 Disember lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : kulihatlangitbiru