PELAKON veteran Norlia Ghani terkejut apabila diberitahu tidak layak untuk mendapat bayaran baki Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sedangkan pembayaran fasa pertama sudah diterima pada awal April lalu.
Norlia atau nama sebenarnya Norlia Ghani Abdul Hamid, 72, berkata, dia bertambah musykil apabila pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberitahu namanya berdaftar pada sebuah syarikat.
“Pada awalnya saya layak dan sudah pun terima pembayaran awal BPN pada April lalu dan sepatutnya akan terima baki selebihnya seperti orang lain. Tapi tiba-tiba bila saya periksa, tak layak pula.
“Jadi, saya dan anak pergi la LHDN untuk bertanyakan perkara itu dan terkejut bila diberitahu yang saya tak layak sebab ada syarikat. Pihak LHDN cakap mungkin ada orang guna nama atau saya ada tanda tangan untuk mana-mana syarikat.
Norlia dikatakan mempunyai syarikat menyebabkan dia tidak layak untuk menerima BPN.
“Setahu saya memang tak pernah lagi saya buka syarikat atau mungkin saya sendiri yang bersikap cuai atau tak sedar beri tanda tangan pada kenalan. Benda itu saya tak perasan pula dan tak ingat, ” kata Norlia kepada mStar.
BPN adalah inisiatif untuk membantu rakyat seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion.
Dalam pengumuman berkenaan jumlah keseluruhan pembayaran BPN membabitkan RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa.
Kerajaan telah membuat pembayaran fasa pertama BPN secara berperingkat pada 4 hingga 15 April manakala fasa kedua akan diagihkan pada bermula Mei.
Dalam pada itu, Norlia berkata, dia tidak terlalu meletakkan harapan untuk mendapatkan bantuan tersebut memamdangkan ramai yang mengalami nasib yang sama sepertinya.
Sebenarnya masa di LHDN, saya ada jumpa ramai orang yang turut berkongsi nasib yang sama seperti saya
Namun Norlia berharap w4bak Covi1d-19 berakhir dengan segera supaya dia dapat bekerja seperti biasa.
“Sebenarnya masa saya di LHDN, saya ada jumpa ramai orang yang turut berkongsi nasib yang sama seperti saya apabila mereka dikatakan tidak layak sebab mempunyai syarikat sedangkan tidak pernah ada pun.
“Tapi saya pasrah sekiranya tidak dapat bantuan tersebut. Cuma, saya berasa hairan tiba-tiba saya tak layak, sebab itu saya pergi check di LHDN. Sebenarnya apa yang saya harapkan Covi1d-19 cepat berakhir.
“Bila wab4k ini berakhir, saya dapat kerja semula walaupun tak ada la banyak penggambaran. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat mencari rezeki sendiri, ” ujarnya.
Tak dapat pun BPN, ini luahan sayu Mak Wan
BAGI menyara dan meneruskan kelangsungan hidup, pelakon veteran, Mak Wan menjual kuih tart nanas selepas permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak berjaya.
Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimaton Saadiah Mohd Daud berkata, dia membuat dan menghantar sendiri tart nanas yang dipesan pelanggan.
“Alhamdulillah, bantuan daripada Seniman dan rakan artis tempoh hari masih ada. Cuma, saya kena berjimat cermat. Lagi pula saya tinggal sendiri. Bukan makan banyak sangat pun.
“Sepanjang Ramadan ini memadai saya minum air suam dan makan dua ke tiga biji kurma. Bagi menambah pendapatan pula, sekarang saya buat tart nanas. Saya sudah mula sejak dua minggu lalu.
“Walaupun permohonan BPN g4gal, insya-Allah, ini rezeki untuk saya. Tapi, saya dimaklumkan boleh buat rayuan. Macam tart nanas, jika ada pesanan baru saya buat dan akan hantar kepada pelanggan. Kalau yang dekat dengan saya, mereka datang ambil sendiri,” katanya kepada Harian Metro.
Ada bisvl di kaki
Mak Wan yang juga dikenali sebagai Mak Wan Latah turut berkongsi mengenai kes1ihatan dirinya.
Menurut Mak Wan, sudah seminggu dia tidak boleh berjalan disebabkan masalah bisvl di kaki.
“Sudah hampir seminggu saya tidak si1hat dan bacaan kenci1ng manis pula naik sehingga 19. Ditambah pula ada mas4lah bisbl di kaki.
“Jadi, saya tidak kuat untuk berjalan. Mungkin sebab itu juga badan saya kurang sihat. Insya-Allah, selepas makan ub4t beransur sembbh,” katanya.
Mak Wan turut berterima kasih kepada beberapa rakan artis yang membantunya.
Selain Seniman, Ahli Dewan Undangan Negeri Kg Batu dan Persatuan Projek Perumahan Rakyat (PPR) tempat tinggalnya turut membantu.
“Alhamdulillah, ada rakan artis yang baik hati dikirimkan Allah untuk bantu saya. Terima kasih pada Lana Nordin, PU Azman, Norkhiriah, Eez dan Didie Alias. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik mereka,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : M.B