“Tak Lupa Rumput Di Bumi” – Tan Sri Muhyiddin & Keluarga Pelanggan Tetap Songkok Wisma Yakin

Perdana menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga merupakan salah seorang pelanggan tetap bagi sebuah perniagaan songkok di Wisma Yakin, Kuala Lumpur. 

Menerusi laman sosial Facebook, seorang pengguna yang dikenali sebagai Hasrol Hashim berkongsi sekeping foto bersama Muhyiddin sewaktu kunjungan Perdana Menteri itu ke kedai tesebut tahun lalu. 

“YAB Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin shopping songkok di Wisma Yakin, Kuala Lumpur pada tahun lepas. Tahun ni belum ada gambar lagi,” tulisnya menerusi kapsyen foto. 

Menerusi foto tersebut, difahamkan Muhyiddin dan anak lelakinya dilihat saban tahun membeli songkok di perniagaan Patimah & Anak-Anak Sdn Bhd. 

Malah, peniaga kedai tersebut masih menyimpan keratan akhbar sewaktu kunjungan Muhyiddin masih bergelar Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2012. 

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan kata-kata positif kepada Perdana Menteri Malaysia kelapan itu. 

“Terbaik, ini barulah menolong rakyat. Syabas PM ke-8!” kata seorang wargamaya.

“Andai kata ada rezeki jumpa dengan Tan Sri, syoknya dapat bergambar,” komen seorang wargamaya. 

“Wow, my PM kelihatan segak. Semoga PM sentiasa sihat dan semoga kekal menjadi Perdana Menteri kita untuk selamanya,” luah seorang wargamaya.

“Baguslah Tan Sri kalau mcm ni, ibarat kata pujangga  tak lupa rumput di bumi,” puji seroang wargamaya lagi. 

Sehingga kini, perkongsian foto tersebut telah menerima hampir 4,700 tanda suka daripada wargamaya. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :