Tiga Hari Cucu H1ilang, Akhirnya Dijumpai Bawah Timbunan Kain Tak Berlipat. Terdapat ungkapan yang mengatakan kerja melipat kain adalah kerja yang paling susah di rumah, antara percaya atau tidak. Kisah ini menjadi tular di media sosial yang mengisahkan cerita mengenai cucu seorang pakcik yang hilang dah 3 hari tanpa ditemui!
Begini kisahnya.. Aku tahu, ramai dak-dak pompuan kat sini yang pemalas nak lipat kain. Selalu la aku baca pos dia orang pasal nak upah orang la, laki bagi upah baru dia orang nak lipat kain la, nak beli mesin yang boleh lipat kain tak payah korang buat la…
Orang tua-tua zaman dulu cakap, kain jangan dibiarkan bertimbun. Katil tempat tidur jangan dibiarkan berselerak dan tak dikemaskan. Korang tahu tak, j1in yakmat suka duduk kat dalam kain-kain yang korang malas nak lipat tu. Haaa… korang dah sediakan tempat tidur dia, tu pasal la korang asyik dengar bunyi guli dan orang main tarik perabot.
Ni cerita masa atuk aku hidup lagi. Bapak aku cerita tadi, aku kongsikan dengan korang. Ada sorang pak cik ni datang cari atuk aku. Cucu dia hilang. Dah tiga hari katanya. Jadi, atuk aku pon pergilah nak tengok apa yang boleh ditolong. Macam biasalah, atuk aku bawak Quran dia.
Dah selalu ada kat tangan dia kan. Atuk aku sampai je ke rumah tu, dia terus mintak izin nak masuk ke dalam bilik. Bilik ni bukan bilik tidur tapi ada katil. Bilik ni dia orang guna untuk letak baju-baju yang dah diangkat dari ampaian. Malas lipat, timbunkan kat situ.
Atuk aku berdiri kat tepi katil tu. Dia baca doa lepas tu dia seluk tangan dia ke dalam timbunan kain kat atas katil tu. Actually, tak banyak pon timbunan kain tu sebab dia orang dah melipat sejak budak tu hilang. Nak melayan risau agaknya, lipat kain.
Kiranya busut kain tu tak tinggi mana. Tak banyak mana. Atuk aku seluk tangan dia ke dalam kain tu. Entah apa yang dia cari tapi masa dia menggagau tu, tangan dia kena tarik dengan kuat. Tersembam muka atuk aku kat kain-kain yang bertimbun tu sampai dia dah macam nak masuk ke dalam kain tu.
Atuk aku melaw4n. Dia baca ayat-ayat suci. Keluar bunyi mer4cau. Benda tu melawan. Katil tu bergegar kuat. Tapi kain yang bertimbun tu tak jatuh pulak. Macam dah kena gam. Macam-macam bunyilah keluar. Entah apa yang atuk aku baca, tiba-tiba keluar api kat timbunan baju tu.
Pastu beras4p. Bau dia, hangit! Atuk aku baca Yasin Mubin sebab maksud ‘Mubin’ tu sendiri ialah tunjuk. Nyata. Serlahkan. Dalam surah yasin tu ada tujuh mubin. Sampai kat setiap mubin, atuk aku berdoa. Pelan-pelan dia tarik tangan dia. Tak lama lepas tu, nampak tangan budak kecik tu.
Lepas tu badan dia pulak sampai habis atuk aku tarik dia keluar dari timbunan kain yang tak tinggi tu. Budak tu dah longlai. Satu badan dia lebam. Cairan merah dia kena his4p derrr… “Hari-hari kami lipat kain…” kata nenek budak tu. Muka tak percaya habis.
“Jangan biar kain bertimbun. Jin suka duduk kat dalam kain bertimbun. Katil kena kemas selalu. Bila nak baring kat atas katil,tepuk tepuk dulu serata tilam tu dengan kain sambil baca ayat Kursi. Jin suka tidur kat atas katil kita. Tak halau, dia tidur dengan kita la…” kata atuk aku.
Tak ser4m sangat la… tapi pengajaran la pada yang malas nak lipat kain… ha ha ha ha. Ha, lepas ni boleh la korang rajin-rajinkan diri melipat baju yang bertimbun di rumah korang tu. Kalau malas sangat-sangat nak lipat kain ni, korang beli la hanger banyak-banyak dan gantungkan saja.
Satu lagi tips yang berguna, korang jangan lah kumpulkan terlalu banyak baju untuk dibasuh, sebab nanti memang akan rasa malas nak lipat baju bila tengok terlampau banyak. Sekian, terima kasih
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://transformasi.pw/