‘Polis Akan Jejak Pihak ‘cvri-cvri’ Rentas Negeri’- Rentas Negeri Selepas 10 Mei Perlu Kebenaran Polis…

SHAH ALAM – p0lis akan terus menjejaki individu atau mana-mana pihak yang merentas sempadan negeri secara ‘cvri-cvri’ untuk pulang ke kampung.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, larangan rentas negeri masih dikuatkuasakan dan pihak p0lis telah mula melakukan sekatan di sempadan negeri.

Justeru menurutnya, masyarakat yang mempunyai maklumat perlu tampil mended4hkan ketidakpatuhan yang berlaku.

“Yang ‘cvri-cvri’ tu saya tidak tahu betul atau tidak. Kadang-kadang provok4si sahaja.

“Kalau boleh, kalau betul mereka ‘cvri-cvri’, ambil gambar merekalah. Macam dulu ada yang pernah swafoto, silakan. Pihak p0lis pasti cari mereka,” katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyurat Khas Menteri-menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

AKAN MENYUSUL

 

Rentas Negeri Selepas 10 Mei Perlu Kebenaran Polis

PUTRAJAYA: Orang ramai yang ingin merentas negeri selepas 10 Mei perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, rentas negeri itu pula hanya untuk kes kecemasan seperti kem4tian dan sebagainya.

Beliau berkata, sebelum ini, kerajaan hanya memberi kebenaran perjalanan merentas negeri selama empat hari bermula 7 hingga 10 Mei, bagi mereka yang terkandas di kampung susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selepas 10 Mei, kita akan kembali kepada prosedur standard operasi (SOP) yang sudah ditetapkan dan mereka perlu mendapatkan kebenaran pihak polis.

“Hanya kes kecemasan dibenarkan yang lain tidak boleh. Rentas negeri juga hanya membabitkan perjalanan sehala,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, hari ini sebanyak 70,538 kebenaran dikeluarkan membabitkan perjalanan dari Perak, Johor dan Kelantan.

“Esok sebanyak 54151 kebenaran dikeluarkan oleh polis membabitkan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang.

“Sementara, pada 10 Mei, sebanyak 77,836 kebenaran dikeluarkan membabitkan Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu,” katanya. – HMetro

sumber : Metro

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : SinarHarian