IPOH – Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias sudah dibenarkan pulang selepas tiga hari menerima rawatan di sebuah h0sp1tal swasta di sini.
Beliau yang menerima rawatan di hospital berkenaan sejak Sabtu lalu kerana keletihan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya selama ini.
Menerusi posting di Facebook dan Instagram miliknya, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim berkata akan kembali menyambung tugasnya sebagai pendakwah dalam masa terdekat.
“Saya kena habiskan semua jemputan untuk tahun ini dan akan susun semula jadual bermula Januari depan.
“Faktor kesihatan membataskan pergerakan saya dan saya perlu kurangkan str3ss,” katanya.
Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, kebenaran itu diberikan pihak h0sp1tal setelah berpuas hati dengan tahap kesihatan pendakwah tersebut yang semakin memuaskan.
“Setelah urusan h0sp1tal selesai, adik saya dibenarkan keluar untuk berehat di rumah.
“Keadaannya agak lemah dan berat badannya telah berkurangan, apa pun kami gembira dan bersyukur beliau dibenarkan pulang,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Beliau berkata, punca peny4kit dialami Mohd Kazim masih belum diketahui walaupun telah beberapa kali melakukan proses Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Ultrasound.
Begitupun pihaknya tidak mahu membuat sebarang andaian termasuk kemungkinan terkena s1hir seperti yang diperkatakan banyak pihak.
“Kami tidak boleh membuat berbagai andaian waktu ini termasuk unsur mistik, adalah lebih baik memberi ruang beliau berehat di samping tunggu dan lihat perkembangannya dalam waktu terdekat ini,” katanya.
Ahad lalu, Mohd Kazim memuat naik gambar berada di h0sp1tal sedang menjalani rawatan selepas mengadu sakit perut, pinggang dan bahagian belakang badan.
Februari lalu Ustaz Kazim disahkan mengalami serang4n jantung selepas mengadu s4kit dada ketika berceramah di Bachok, Kelantan
Beliau dilaporkan menghadapi masalah tidak boleh tidur lebih daripada dua bulan dan sejak dua minggu lalu kesihatan Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah itu semakin tidak st4bil sehinggalah dimasukkan ke wad, Selasa lepas.
Selain itu, Ustaz Kazim yang juga Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah turut membayangkan akan melepaskan tanggungjawab berkenaan kepada pihak lain susulan masalah kesihatan yang dihadapinya.
“Sudah 10 tahun saya bangunkan Al Barakah, mungkin sudah sampai masanya orang lain menerajuinya,” katanya.
Februari lalu Ustaz Kazim disahkan mengalami ser4ngan jantung selepas mengadu sakit dada ketika berceramah di Bachok, Kelantan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : SinarHarian