Sebagai hidup bermasyarakat, dikata disarankan untuk saling bantu membantu terutamanya kepada golongan kurang berkemampunya. Pertolongan yang dihulurkan tidak semestinya berbentuk wang, asalkan sumbangan tersebut dapat membantu dan permudahkan urusan mereka seharian.
Perkongsian daripada pengerusi NGO i-Sejahtera Malaysia yang menjalankan aktiviti kebajikan, Dato Hamizan bin Amzah berkongsikan kisah ringkas mengenai penemuannya bersama seorang lelaki tua yang dijumpai sedang aasyik menyelongkar samp4h di tepi jalan.
“Ternyata dia sedang kutip sisa roti untuk dimakan…”
Pada awalnya, beliau dan pertubuhannya itu dalam perjalanan dari Pengkalan Chepa ingin menuju ke daerah Ketereh, Kelantan untuk mengagihkan sumbangan di sana.
Di persimpangan lampu isyarat, matanya tertumpu kepada susuk tubuh badan yang sedang menyelongk4r tong sampah di tepi jalan kira-kira pukul 6.10 petang.
Tapi tiada botol, kotak atau tin yang dikutip!
Pada awalnya, beliau menyangkakan pakcik berkenaan mengutip samp4h yang boleh dikitar semula. Namun, sangkaannya meleset apabila lelaki bertubuh kurus itu mengatakan dia sedang mencari sisa makanan untuk di makan sewaktu berbuka sambil memegang dua keping kerak roti.
“Sebenarnya saya m4lu, saya datang sini nak cari makanan”. Ujar pakcik berkopiah ini.
Tertunduk malu terima sumbangan…
Simpati dengan keadaan pakcik tersebut, beliau telah menghulurkan sedikit barang keperluan dan sumbangkan wang zakat untuk pakcik itu buat belanja. Disebabkan ingin menuju ke tempat lain, beliau berasa sangat terkilan kerana pertemuan bersama lelaki tua itu berlaku dengan sangat singkat.
Berdasarkan maklumat yang diterimanya, orang sekitar menggelarkan lelaki tua itu sebagai Pokjik Basikal Merah. Beliau akan kembali berjumpa pakcik berkenaan untuk mengetahui kisah kehidupannya.
Sumber: Mstar, Facebook.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.hmtpress.allnws.com/