Drama The World Of The Married Und4ng Re4ksi Ramai, Hampir Berakhir!

Di musim kuarantin ini, drama Korea turut menjadi pilihan orang ramai untuk meluangkan masa mereka seharian. Seperti biasa sejak beberapa minggu lalu, drama bersiri berjudul The World of the Married menjadi bualan hangat warganet.

Menampilkan jalan cerita cukup padu ternyata membuatkan ramai warganet jatuh hati dengan drama berkenaan yang dibintangi oleh pelakon, Kim Hee Ae, Park Hae Joon, Han So Hee dan ramai lagi yang hebat-hebat belaka lakonan mereka.

Dikhabarkan hanya menemui penonton sebanyak 16 episod sahaja, drama berkenaan ternyata sudah hampir tamat apabila pada malam tadi pula ditayangkan pula episod 15 dengan jalan cerita cukup menarik. Seperti biasa tentunya!

Walau bagaimanapun, para peminat turut ternanti-nanti kesudahan drama ini setelah melihat watak utama yang dikenali sebagai Dr.Ji Sun Woo yang mengalami kemurungan dalam episod yang lalu setelah dibenci anaknya sendiri akhirnya membuatkan penonton menarik nafas lega.

Ini kerana, anaknya juga mulai sedar dan kembali ke dakapan ibunya sendiri. Tidak disangka-sangka, bekas suaminya Lee Tae-Oh juga dilihat semakin kehilangan segala-galanya setelah pelbagai perkara terungkap pada episod baru ini.

Dalam pada masa yang sama, Da Kyung dilihat sudah sedar daripada kesilapannya apabila mengetahui sikap sebenar Lee Tae-Oh yang dikahwininya itu selepas beberapa kali cuba menutup mata untuk berpura-pura tidak tersakiti dalam perkahwinan berkenaan.

The World of The Married trending, undang pelbagai reaksi

Seperti biasa, trending di laman Twitter, pelbagai reaksi ditinggalkan penonton yang puas melihat kedua-dua watak berkenaan yang mula merasai perkara yang sama berlaku terhadap Dr. Ji Sun Woo.

Sumber: Twitter

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HCL