KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) melahirkan kebimbangan terhadap golongan berisiko seperti warga emas dan kanak-kanak yang mungkin dij4ngk1ti c0v1d-19 ketika musim perayaan Aidilfitri.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, justeru golongan terbabit perlu diberi perlindungan sepenuhnya bagi mengelak mereka dij4ngk1ti w4b4k itu.
“Kita terdedah kepada v1rus setiap kali balik ke rumah, kita mungkin membawa v1rus itu dan boleh menj4ngk1ti warga emas atau kanak-kanak.
“Itu sebab dalam musim perayaan, KKM bimbang kita mungkin membawa v1rus pulang ke kampung dan menj4ngk1ti warga emas serta kanak-kanak.
“Apa yang penting kita patuh kepada SOP (prosedur operasi standard) diberikan KKM iaitu pastikan kita ada penjarakan, sentiasa cuci tangan dengan sabun atau pembasmi kuman dan elak perhimpunan,” katanya dalam sidang media harian c0v1d-19 di Putrajaya, hari ini.
Noor Hisham berkata, golongan kanak-kanak yang dij4ngk1ti w4b4k berkenaan didapati mendapat j4ngk1tan daripada ahli keluarga seperti ibu bapa dan adik-beradik.
Berikutan itu, beliau menasihati golongan dewasa supaya membersihkan diri sebaik pulang ke rumah bagi mengelak penul4ran j4ngk1tan di rumah.
“Kalau pulang ke rumah pastikan jangan kita sentuh kanak-kanak dulu sebaliknya mandi, cuci tangan atau menggunakan cecair pembasmi kuman sebelum merapati kanak-kanak,” katanya.
Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlangsung ketika ini wajar diteruskan kerajaan bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dibendung sepenuhnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Metro