Siapa saja yang tidak kenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ daripada usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri dimana dari situ dirinya menjadi fenomena yang sering meniti di bibir masyarakat.
Malah, kejayaan jutawan muda berkenaan turut menjadi inspirasi buat orang ramai kerana dirinya yang berjaya dengan bermula daripada bawah selain membuatkan ramai turut terpegun melihat hasil daripada kesusahannya itu yang kini berubah.
Terbaru, Datuk Aliff Syukri menerusi Instagram peribadinya menulis kapsyen panjang dengan berkongsi serba sedikit pengalaman hidup susahnya yang turut mengajar dia erti menghargai.
Melalui kapsyen disamping berkongsikan sekeping foto yang memaparkan rumah mewahnya dengan memberitahu bahawa ia merupakan satu impian dan mimpi yang diinginkan sejak berusia 10 tahun.
“Secara jujurnya ini adalah suatu impian dan mimpi yang inginkan ketika umur saya 10 tahun lagi. Dulu saya duduk di rumah flat di seksyen 20 Shah Alam, blok 19.
“No rumah saya 206 satu block orang lama pasti ingat saya yang nakal dan orang yang suka berangan jerit2 menyangi suatu ketika dulu…”
Aliff Syukri kongsi impiannya mahu keluar dari kepompong kemiskinan
Berkongsikan kisah berkenaan membuatkan usahawan ini menjadi inspirasi buat orang ramai.
Kejayaan jadi inspirasi
Namun begitu, tidak disangka-sangka pula kekayaan maknya menjadi sebutan menerusi posting berkenaan dimana seperti semua ketahui bahawa dia merupakan anak kepada pengasas Sendayu Tinggi, Rozita binti Ibrahim.
Pun begitu, Datuk Aliff Syukri tidak cepat melatah namun memberitahu bahawa dia tidak pernah menggunakan duit maknya setelah maknya itu bercerai dengan bapanya dan dirinya juga tinggal dengan bapanya ketika itu.
“Saya berniaga tidak pernah guna duit ibu saya…”
“Dato Aliff memang anak bonda jutawan… tapi sebelum…”
Sumber: Instagram Datuk Aliff Syukri
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HCL