Sempena sambutan Hari Guru, pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengimbau kenangannya bersama arw4h bapanya, Abd. Aziz Jaafar yang merupakan gurunya sendiri ketika di sekolah.
Menurut Zulin, dia diajar oleh bapanya sendiri ketika menuntut di Sekolah Kebangsaan Seri Murni, Selayang, Selangor.
“arw4h abah mengajar saya dari darjah 1 sampai darjah 4. Abah pernah mengajar beberapa subjek antaranya Bahasa Melayu dan muzik.
“Kalau waktu kelas dengan Abah sahaja, saya akan pergi duduk di depan meja cikgu. Saya tetap panggil ‘abah’ di sekolah walaupun ditegur suruh panggil ‘cikgu’,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Menurut Zulin lagi, arw4h abahnya juga seorang guru yang disenangi murid-murid di sekolah.
“Kawan-kawan memang suka kalau kelas dengan abah saya. Diorang kata tak bosan, tak stres. Abah saya bukan jenis garang.
“Macam mana karakter saya ini, begitulah arw4h abah. Bayangkan kalau kerja sekolah tu, kadang-kadang abah yang buatkan di rumah walaupun dia yang beri di sekolah,” cerita Zulin.
Sementara itu, Zulin turut berkongsi sekeping foto arw4h bapanya di Instagram sebagai dedikasi sempena hari guru yang diraikan setiap 16 Mei.
Cerita Zulin lagi, apa yang mencuit hati, dia pernah membelikan bapanya hadiah hari guru menggunakan duit daripadanya ayahnya sendiri.
“Saya pernah belikan arw4h abah pen sempena sambutan hari guru. Lucunya, saya beli minta duit dia, lepas tu berikan kepadanya. Katanya, macam ‘aku beli sendiri’,” selor0hnya.
Menerusi instagramnya, dia turut mengucapkan selamat hari guru kepada abangya yang mengajar music dia Aswara.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan ‘sanitizer’, kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah c0v1d-19!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak