Ramai Kec4m Sheila Rusly, Sampai Nama Erra Fazira Dipetik Sekali

WATAK tua lakonan pelakon terkenal, Erra Fazira dalam filem Hingga Hujung Ny4wa kembali diperkatakan warganet.

Solekan khas tua yang dikenakan pada wajah Erra dalam filem itu disifatkan lebih realistik dan kena dengan usia karakter.

Sehinggakan pengguna laman sosial membuat perbandingan antara watak tua Erra itu dengan Opah Aminah lakonan Sheila Rusly dalam drama Bukan Gadis Biasa yang ditayangkan di TV3.

Erra, 46, atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek berkata, tidak adil sekiranya watak itu dibandingkan dengan orang lain.

“Saya tak tahu watak saya dalam filem itu kembali diperkatakan. Cuma, apabila ada yang cuba membandingkan bagi saya ia tak adil.

Filem saya itu sudah lama.

“Apa boleh dikatakan, solekan kesan khas Shiela itu ‘not so bad’. Kita kena respek orang yang buat mekap itu. Ia bukan senang. Nak buat solekan kesan khas kena belajar dan proses pembuatan ambil masa.

“Ini pengalaman untuk menjadi bagus. Sepatutnya jangan h3ntam. Nanti tidak ada kemajuan,” katanya kepada Harian Metro.

ERRA dalam filem Hingga Hujung Nyawa

Erra yang juga pengacara program Mingguan Wanita tabik pada Shiela Rusly kerana sanggup melakonkan watak tua menggunakan teknik itu.

“Respek pada Sheila. Nak pegang watak macam itu bukan mudah. Ia mengambil masa yang lama. Macam saya dulu, tak boleh makan dan minum. Banyak pengorbanan untuk mengenakan solekan kesan khas ini.

“Sejujurnya, lakonan Shiela tak boleh dipertikai. Tapi, kalau ada pertikaian, kita kena bagi semangat. Kalau ada kekurangan kena sokong.

Kena berikan maklum balas positif,” katanya.

Ditanya Kenapa Tk Bagi Pelakon Lama Bawa Watak Opah, Sekali kena sound dgn Jinggo

Tidak dinafikan pelakon dan sutradara terkenal Sheila Rusly dan suaminya, Azman Yahya atau Jinggo selalu mendapat perhatian peminat drama tempatan kerana sering menghasilkan drama yang memenuhi cita rasa penonton tempatan.

Terbaru, memegang watak sebagai Opah Aminah dalam drama Bukan Gadis Biasa, ramai mengatakan drama ini bakal menjadi karya terakhir Sheila kerana dia dikatakan mahu berehat seketika dari dunia lakonan.

Drama ini menjadi trending setiap kali bersiaran, namun ia tidak terlepas dari kritikan netizen.

‘Awak Bukan Orang Industri, Baik Diam Jadi Penonton’ – Jinggo ‘Sound’ Penonton Berlagak Pandai

Sebut sahaja Bukan Gadis Biasa, pasti tahu drama tersebut kini trending dan sedang hangat ditayangkan dikaca televisyen. Walaupun ramai yang meminati drama tersebut, namun pasti tidak terlepas dari kritikan netizen.

Jika sebelum ini menerima kritikan teknik suntingan yang disamakan dengan budak sekolah oleh netizen, kali ini ada netizen yang mempersoalkan mengapa tidak ambil pelakon lama untuk watak wanita tua dalam drama tersebut.

Terkesan dengan komen netizen itu, pengarah drama Bukan Gadis Biasa, Azman Yahya atau Jinggo tampil menjelaskan mengapa dia untuk menggunakan pelakon lebih muda untuk membawakan watak Opah Aminah itu.

Menurutnya, penonton tidak faham bagaimana cara orang industri bekerja. Katanya, keputusan untuk menggunakan efek solekan bagi watak itu telah pun dipersetujui semua mereka yang terlibat dalam menjayakan drama berkenaan.

Jinggo berkata lebih mudah untuk mengenakan solekan kepada individu yang berusia 50 tahun berbanding dengan yang berusia 80 tahun. Jelasnya lagi, pelakon berusia mungkin tidak boleh menghafal dialog yang panjang.

Tambah Jinggo, pihaknya bimbang pelakon berusia akan kepenatan memandangkan babak yang dipegang Opah Aminah bukannya sedikit dan pelakon perlu berada di set hingga lewat malam dan mungkin akan kepenatan sehingga mengg4nggu proses penggambaran.

Dalam pada itu, Sheila Rusly dilihat turut tampil menjawab krit1ikan penonton dengan mengatakan sesiapa yang tidak puas hati atau tidak suka supaya tidak menonton drama tersebut.

Diharap penjelasan Jinggo itu dapat memuaskan hati penonton yang mengkritik drama tersebut. Ada sebab mengapa Sheila Rusly dipilih sebagai Opah Aminah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MV