Timb. MB Kelantan, Nik Amar did4kwa sind1r Ebit Lew, sekali Ustaz Abu beri kata2 makan dalam

Rakyat Kelantan dinasihatkan tidak membuat aduan di laman sosial Facebook sekiranya menghadapi masalah atau memerlvk4n bantuan daripada kerajaan negeri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata, sebaliknya mereka perlu merujuk kepada wakil rakyat atau penghulu kampung bagi memastikan masalah dihadapi itu dapat diselesaikan.

” Kalau ada bantuan yang tidak sampai, rujuklah pada penghulu atau wakil rakyat masing-masing. Jangan hanya pandai tulis di Facebook. Mereka bukan tahu pun masalah kita kalau tulis di Facebook.

” Kalau ada yang tertinggal dalam senarai, jadi rujuklah pada mereka. Sebagaimana yang kita (kerajaan negeri) beritahu, kita utamakan mereka yang tidak mampu.

” Mungkin kita tidak dapat sebab kita masih mampu beli makanan, ada duit dan sebagainya. Sebab itu, kita (kerajaan negeri) utamakan yang tak ada duit ini dulu,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Persekutuan telah memberikan bantuan yang sepatutnya kepada seluruh rakyat dan sumbangan daripada kerajaan negeri adalah sebagai inisiatif tambahan.

” Apa yang penting, kerajaan Pusat sudah beritahu, kena pastikan makanan ada atas meja. Sebab itu, kita tolong orang yang betul-betul susah dulu. Yang ada duit dan ada makan itu peringkat lain,” katanya.

Mohd Amar turut menasihatkan orang ramai supaya membuat lap0ran di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing bagi memastikan semua urusan dapat dilaksanakan dengan baik.

Ustaz Abu Syafiq bagi respon

Artikel tersebut sebenarnya bertarik 10 April 2020, namun tiba-tiba menjadi hangat semula sejak semalam selepas dikongsikan oleh pendakwah Ustaz Abu Syafiq.

Menerusi satu entri, Ustaz Abu Syafiq telah berkongsi keratan artikel berhubung kenyataan Nik Amar tersebut yang dimuatnaik di Instagram beliau.

Tidak dinyatakan secara khusus nama individu dan kepada siapa ia ditujukan, tetapi Abu Syafiq antaranya ‘memetik’ mereka yang bergelar ‘Pencetus Ummah’ (PU) dan juga 4 orang penceramah bebas yang tidak disebutkan nama yang menurutnya hanya berdiam diri.

” Mana PU PU, 4 orang penceramah bebas, pro wahhabi, ayahkanda-ayahanda dan tuan-tuan guru dup tuh semua menikus?

” Silalah komen. Group Skype rosak takde line ke?! Kelantan banyak miskin tegar. Jom bantu!” tulis Abu Syafiq.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://transformasi.pw/