Pelakon, Sharifah Shahora menegaskan kerja penerbitan dan penggambaran bukanlah pekerjaan yang melalaikan dan tiada keberkatan.
Shahora berkata, perkara yang melalaikan itu bergantung kepada keperibadian setiap individu yang bekerja.
“Kerja yang melalaikan itu mengikut pembawakan individu, bukan hanya kerja dalam penggambaran saja. Budaya kerja produksi penggambaran lebih kurang sama saja dengan kerja lain.
“Ketika azan, kita akan hentikan penggambaran, tak kiralah sama ada itu produksi Cina atau India. Waktu solat, kita solat,” katanya.
Shahora menerusi status di Facebook berkata, kru produksi juga menunaikan solat di lokasi.
“Ramai di set penggambaran yang menunaikan solat berjemaah dan sendiri. Penolong pengarah akan berikan masa untuk kita menunaikan solat sebab nak cuci solekan atau bersiap semula.
“Tak ada sesiapa yang menghalang pelakon atau kru untuk melakukan kebaikan,” katanya.
Menurut Shahora, dia tidak menafikan terdapat individu di lokasi penggambaran yang terkait dengan perkara yang tidak berfaedah.
“Ada juga yang tak solat, ada yang terkait dengan benda yang tak elok, tak tutup aurat dan gelak tak kira masa. Tapi, itu bukan sebagai pekerjaan itu salah. Sebaliknya salah individu itu sendiri,” katanya.
Dalam masa sama, Shahora juga menyentuh beberapa perihal mengenai sistem kewangan dan bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Semua terima gaji dulu. Penerbit pun terima bayaran dari stesen (TV) dua hingga tiga bulan selepas itu. Kalau panggung, enam hingga 12 bulan selepas tayangan. Kalau nak kenang pengorbanan, 30 orang dalam tu kita kena kenang.
“KWSP untuk yang bekerja sendiri perlu dimohon sendiri kerana kalau kita ikat kontrak bekerja sebulan dengan produksi A, takkan setiap bulan produksi A nak kena bayarkan KWSP kita sampai 55 tahun sebab kita kerja ikut kontrak. Insurans pun produksi sediakan mengikut masa kita bekerja,” katanya.
Shahora menutup kenyataannya dengan meminta pihak tertentu untuk menghorm4ti pekerjaan orang lain.
“Ramai tersinggung kalau dikatakan hasil pekerjaan kita ini tak berkat. Pilihan di tangan kita. Kalau kita rasa kecewa dengan industri, kita boleh pilih kerja lain. Tapi, kalau pekerjaan ini boleh membawa rezeki kepada keluarga, teruskan.
“Apa pun, bukan salah pekerjaan itu sendiri. Tetapi, bagaimana kita membawa diri kita dalam pekerjaan itu. #hormatkerjaorang,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai kenyataan yang dikeluarkan pelakon, Zul Yahya yang menyeru pekerja industri filem dan drama kalangan kru produksi dan teknikal belakang tabir untuk mengubah haluan kerjaya yang diceburi mereka selama ini.
Zul seru tinggalkan industri hiburan, sekali Yana bidas balik
TULAR malahan menjadi tamp4ran cukup hebat pihak-pihak yang berkenaan apabila pelakon yang pernah menghiasi industri seni suatu ketika dahulu, Zul Yahya tampil membuat naik satu kenyataan menyeru penggiat seni supaya men1ngg4lkan industri hiburan.
Lebih 20 tahun bergelar anak seni, Zul menyeru penggiat seni terutamanya pekerja belakang tabir untuk men1ngg4lkan industri hiburan dan mencari pekerjaan yang lebih diredai oleh Allah SWT.
Zul menyifatkan pekerjaan dalam industri hiburan dipenuhi dengan d0sa dan industri tersebut hanya memikirkan keuntungan pihak-pihak tertentu sahaja.
Zul turut mendakwa dalam industri hiburan turut berlaku rasvah dan salah guna kuasa untuk kepentingan individu tertentu.
“Saya nak syorkan kepada sahabat-sahabat, jom kita ubah kehidupan kita. Industri ini tak bawa ke mana-mana, tak ada keberkatan, kita banyak mana pun rasa tak cukup. Industri ini dipimpin sangat-sangat lari dari kehendak Allah SWT.
“Kita tahu banyak kaki ampu, berpuak-puak dan juga banyak pentingkan diri sendiri, banyaknya rasuah, bila mereka ada kuasa salah guna dan penuhkan diri untuk nafsv mereka,” katanya.
Sementara itu, pelakon, Yana Samsudin turut memberi respon berkenaan kenyataan yang didakwa oleh Zul yang mana beliau sama sekali tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan.
Yana dilihat memuat naik status berkenaan di laman Facebook miliknya beberapa jam yang lalu.
“Lain padang lain belalang. Sepanjang saya sh00ting boleh je break solat, puasa je, bilik make up dan salin baju pun asing dengan lelaki, makan katering orang Melayu juga, halal, ada break solat Jumaat, ada break silent masa azan. Ada production tiap jumaat cuti.
“Saya nak baca skrip pun duk dalam kereta sorang sorang, tak bertempur tamp4r dengan lelaki bukan mahram pun.
“Setiap skrip mesti ada moralnya , kalau tak mana mana stesen tv yang nak siarkan. Mana lulus proposal,” tulisnya.
Menurut Yana lagi, sebenarnya apa pun pekerjaan yang dilakukan oleh seseorang individu itu yang penting ialah pembawakan diri.
“Bila dapat payment (bayaran gaji) dari kerja industri seni, bayar zakat, bantu keluarga dan orang juga.
“Saya pun bukan sempurna jugak, tapi lama kelamaan kita berubah kearah kebaikan…asalkan kerja halal, tak mencvri meromp4k,” katanya penuh optimis.
Berkenaan KWSP dan EPF pula Yana mendakwa dia membuat caruman sendiri, saving investment, insuran semua buat sendiri.
“Alhamdulillah. Dari muda saya dah buat. Dapat payment top up ASB, insurans dari umur 21 tahun saya dah buat. Dulu mana nama naik, tak glamour pun…cukup makan naik kelisa je sampai 10 tahun. Tapi alhamdulillah ada saving.
“Kan saya dah pesan banyak kali kat posting instagram dan FB saya…caruman tu semua boleh buat sendiri. Nak buat tak buat je.
“Jadi saya tegaskan, ianya adalah ilmu hidup dan teras agama diri sendiri. Bukan faktor pekerjaan sesorang. Tak adil untuk orang yang betul-betul mencari rezeki untuk menyara hidup tetapi masih mengekalkan jati diri anak Islam tapi dilabel sedemikian…abistu haram ke hasil kami selama ini?
“Terapkan yang positif dan keberkatan insyaAllah…Allah lidung iman kita. Wallahualam,” tulisnya lagi di laman Facebook yang dikenali sebagai Yana Samsudin.
Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Yahya juga mendakwa penerbit, pengarah, stesen TV dan banyak pihak tak ambil berat soal keberkatan.
Katanya, apa yang ditayangkan pun tak berkat, apatah lagi yang mengusahakan produk terbabit. Justeru, Zul menyeru kepada pekerja terbabit untuk ambil peluang ubah cara hidup dan undur diri.
“Kerja dalam industri ini, EPF (Kumpulan Simpanan Wang Pekerja) pun tak ada. Insurans ada yang boleh bayar, ada tak mampu. Jadi, hadirnya c0v1d-19 ketika ini, ia sebagai ujian untuk kita buka minda dan ambil peluang itu untuk ubah kehidupan.
“Undur diri, cari rezeki lebih berkat. Biar sedikit, asalkan cukup. Rezeki Allah ini luas dan kena berubah. Lagi pun, industri (hiburan) kita ini gagal,” katanya.
Menurut Zul, apa yang dikongsi itu berdasarkan pengalaman pernah dilaluinya mnceburi kerjaya seni selama 20 tahun.
Katanya, melalui pengalaman terbabit membuatkan dia akhirnya nekad mengundur diri men1ngg4lkan industri seni dan berubah mencari rezeki lebih berkat.
Sehingga kini, video perkongsian Zul itu sudah mencatat lebih 6,000 komen dengan lebih 30 komen yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan berkenaan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HM