Video: Tahun 2035, Insyallah anak Bangla akan jadi Ahli Parlimen

Kuala Lumpur – Mar4h kerana sering dih1na, seorang lelaki warganegara Bangladesh memuatnaik rakaman video bagi meluahkan rasa hatinya.

Melalui satu klip berdurasi 6 minit 08 saat, lelaki tersebut berkata mahu memastikan anaknya menjadi salah seorang ahli parlimen di negara ini menjelang tahun 2035.

“Negara ini ada undang-undang dan saya horm4ti undang-undang di negara ini. 27 tahun saya duduk sini (Malaysia) satu laporan p0lis pun tak ada (dibuat keatas saya) kerana saya respek undang-undang (malah) kawan-kawan saya pun ramai (dari kalangan) orang Melayu. Isteri saya pun orang sini (warganegara Malaysia) dan anak (sudah berumur) 19 tahun.

“Eh Macai, engkau tahu tak, kalau aku nak sebab kau dah cakap macam tu (h1na keturunan Bangladesh) tahun 2035, Insyallah akan ada anak Bangla yang menjadi ahli parlimen.

“Pada ketika itu apa yang engkau boleh buat (sebab) bukan saya tapi anak saya (warganegara Malaysia) boleh jadi ahli parlimen (atau) anak kawan saya (ketika itu) apa yang engkau boleh buat Macai (sampai) nak bagi arahan macam tu.

“Sebab (para pekerja) Bangla ramai yang dah berkahwin dengan orang sini (warganegara Malaysia) jadi janganlah engkau rosakkan negara (ini) dan kurang ajar sampai macam itu, tak baik,” luahnya melalui klip video tersebut.

Lelaki yang tidak diketahui identitinya itu turut merayu kepada semua pihak agar berhenti mengh1na dan menjadi para pekerja Bangladesh sebagai kambing hitam.

“Saya nak minta tolong (dengan) pihak kerajaan Malaysia, janganlah sering hina orang asing kerana kalau kami orang asing tiada di sini kerajaan pun akan susah.

“Sebab kita datang sini (bukan nak cari masalah) tapi nak cari makan (bekerja) kita pun ada tolong kerajaan (membangunkan negara) bukan kita tak tolong.

“Kita bayar levi (cukai), makan minum, ber4k semua di sini. (Maksudnya) kita kena buang wang (keluarkan perbelanjaan) di sini sedangkan kami susah payah (bekerja) cari wang.

“Ini kali kedua saya dengar tuduhan (fitnah terhadap warganegara Bangladesh) dulu sekali pada tahun 2013 kata ada Bangla 40 ribu (dibawa masuk sebagai pengundi) tapi sampai hari ini tiada bukti (terhadap tuduhan tersebut),” luahnya lagi.

Dia turut menegaskan para pekerja warganegara Bangladesh hanya ingin bekerja mencari rezeki di negara ini dan bukan mendatangkan masalah kepada sesiapa.

“Sebab kami orang Bangladesh, Nepal datang sini kerja bukan nak cari masalah. Buat apa kita nak undi sini, kamu bayar satu juta pun saya tak nak undi di negara kamu.

“Ingat saya bodohkah mahu hilangkan kerakyatan (Bangladesh) kamu nak lari mana kalau ada apa hal (berlaku suatu yang buruk) kalau ada apa hal esok di Malaysia (berlaku kekecohan) saya ada saya punya negara (tapi) kamu Macai nak lari mana? soalnya pula.

Bagaimanapun pihak kami tidak dapat memastikan bila dan di mana klip video itu dirakam serta kepada siapa kemar4han tersebut ditujukan.

Dipercayai, ia ekoran kecaman netizen yang dilemparkan berhubung isu pekerja asing baru-baru ini. – SuaraTV

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : cempedakcheese