BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempersoal kenyataan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang mendakwa kehilangan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah disebabkan oleh beliau.
Najib menerusi hantaran di Facebook miliknya hari ini, turut mendakwa kenyataan Ahli Parlimen Jerlun itu berbohong.
“Sebab apa saya disalahkan apabila pemuda ini (Mukhriz) hilang kerja?
“Sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) bermula, saya cuma #stayathome main FB, kucing dan makan super ring,” katanya.
Berikutan itu, Najib meminta Mukhriz mengemukakan bukti bahawa beliau terbabit.
“Dalam bulan Ramadhan ni pun dia sanggup berbohong macam ni,” katanya.
Terdahulu, Mukhriz pada sidang media di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah mendedahkan Najib sebagai dalang di sebalik tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Kedah selain menyebabkan beliau hilang jawatan sebagai Menteri Besar buat kali kedua.
Menurut Mukhriz, sekalipun arahan untuk menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar datang daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Parti PribumiBersatu Malaysia (Bersatu), namun Najib adalah sosok di belakang plot itu.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Hmetro